PMX TANGANI ISU DOKTOR KONTRAK




Desas desus yang mengatakan PMX mengabaikan nasib dan kebajikan Doktor Kontrak, adalah khabar angin yang cuba menutupi kesungguhan dan keprihatinan PMX yang menerajui kepimpinan Kerajaan Malaysia Madani dalam menjamin nasib dan kebajikan pekerja-pekerja kontrak dalam sektor perubatan. 


Buktinya, semalam PMX telah mengumumkan bahawa Kerajaan sedang melaksanakan proses penyerapan seramai 12,800 orang Doktor Kontrak ke jawatan tetap. 


Namun penting untuk diketahui umum, atas dasar beberapa kekangan proses penyerapan Doktor Kontrak ke jawatan tetap dijangka mengambil masa tiga tahun. 


Namun sebagai permulaan seramai 4,300 Doktor Kontrak akan diserap ke jawatan tetap tahun ini. Manakala bagi pegawai kontrak lain dijangkakan akan diserap ke jawatan tetap menjelang 2025.


PMX begitu menghargai akan jasa dan pergorbanan Doktor yang berstatus kontrak kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya. 


Bagi memastikan tindakan dan pendekatan yang diambil berhasil, PMX dan barisan kabinet berusaha memilih tindakan dan pendekatan yang lebih realistik. Inilah salah satu kebijakan yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia Madani. 


Maka berilah masa dan kepercayaan kepada PMX untuk menangani isu ini secara total. Agar yang dikejar terus dapat, yang dikendong tidak berciciran.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA