ANWAR PULANG DARI SAUDI SEBAGAI TETAMU RAJA SEGALA RAJA



Sesungguhnya umrah di bulan Ramadhan seperti berhaji bersamaku.”


Demikianlah sabda Rasulullah seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari terkait fadhilat yang hadir seiring dengan ketibaan bulan suci Ramadhan.


Anwar Ibrahim pulang dari Arab Saudi semalam selepas mengadakan lawatan kerja 3 hari ke negara teluk tersebut.


Walaubagaimanapun, lawatan tersebut menjadi, atau lebih tepat, dijadikan kontroversi dek ketiadaan pertemuan Anwar dengan pimpinan tertinggi Arab Saudi.


Maka dikeluarkan seribu satu kritikan kononnya keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dipertikai Arab Saudi.


Soalnya, kalau benar Anwar tidak diiktiraf Raja Saudi, apa mungkin kuota jemaah haji Malaysia ditingkatkan kepada 31,600 tahun ini?


Apa mungkin Anwar menerima kunjungan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di Perdana Putra 28 Februari lalu?


Malah, Raja Salman dan Putera Mahkotanya merupakan antara pemimpin dunia yang terawal mengutuskan ucapan tahniah sebaik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Kalau mahu bermain politik, Muhyiddin Yassin langsung tidak menerima sebarang ucapan daripada kerabat diraja Saudi setelah beliau melakukan kudeta ke atas Kerajaan yang absah pada tahun 2020 yang lalu.


Bagi Hadi Awang pula, beliau tidak boleh menjejakkan kaki ke tanah suci memandangkan Pakatan 4 negara Arab diketuai Arab Saudi mengklasifikasikan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (IUMS) yang dianggotai Hadi sebagai pertubuhan pengganas.


Apa manfaatnya sekiranya diungkit setiap perkara ini? Tiada.


Apa pula bidasan mereka terhadap 3 memorandum persefahaman yang dimetrai antara pemain industri kedua-dua buah negara hasil lawatan ini? Juga tiada.


Sudah tentu mereka juga berdiam soal komitmen yang dinyatakan Anwar bagi membantu meredakan konflik yang menindas umat Islam di selatan Thailand dan Mindanao, Filipina sewaktu pertemuan dengan Persatuan Kerjasama Islam (OIC).


Seperti yang dimaklumkan, Anwar sebenarnya diminta untuk memanjangkan tempoh lawatan selama 2 hari lagi oleh pimpinan tertinggi Arab Saudi bagi mengadakan pertemuan. Walaubagaimanapun, cadangan berkenaan dicemburui masa.


Anwar dijadualkan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agung, sebelum berlepas ke Kemboja dan China untuk lawatan kerja.


Tiada isu keabsahan. Tiada isu pengiktirafan. Yang ada cuma serangan politik tanpa asas dan kesudahan.


Anwar menjadi tetamu Raja segala Raja di sekalian alam untuk menunaikan umrah sebelum menjadi tetamu Raja segala Raja di tanah air untuk berbuka puasa. 


Barangkali belum tiba rezeki untuk menjadi tetamu Raja Saudi di istana Baginda dek kekangan masa yang pendek dan kerja yang berpanjangan.


Namun, lawatan kerja ke sana berjaya membawa pulangan hasil yang boleh dibanggakan.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA