10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN



Tepat 9 bulan telah berlalu sejak Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di Istana Negara.


Dalam tempoh yang singkat ini, terdapat banyak kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Kerajaan Perpaduan.


1. Pelaksanaan MA63


Janji bapa-bapa Kemerdekaan kita sedaya upaya cuba dilunaskan Kerajaan Perpaduan menerusi pemerkasaan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Malaysia.


Peruntukan geran khas tahunan kepada Malaysia Timur telah ditingkatkan daripada RM25 juta kepada RM260 juta untuk Sabah dan RM16 juta kepada RM300 juta untuk Sarawak.


2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)


Bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan kini telah memasuki fasa 3.


Sumbangan tambahan sebanyak RM600 turut diberikan kepada isi rumah penerima STR termiskin menurut data eKasih.


3. Penurunan kadar inflasi


Harga barangan keperluan berjaya dikawal meskipun Malaysia tidak terkecuali daripada kelembapan ekonomi global.


Kadar inflasi di Malaysia bagi Jun 2023 ialah sebanyak 2.4 peratus, kadar yang lebih rendah berbanding negara-negara serantau seperti Filipina, Singapura dan Indonesia.


4. Tarif elektrif dikekalkan


Bagi pengguna domestik bervoltan rendah seperti isi rumah B40 dan M40, tarif elektrik dikekalkan.


5. Menu Rahmah


Daripada jenama besar seperti Mydin, McDonald’s dan AEON sehinggalah pengusaha kedai makan jalanan, Menu Rahmah yang menawarkan hidangan dengan harga di bawah RM5 telah mendapat sambutan baik.


Di bawah Payung Rahmah, inisiatif lain seperti Jualan Rahmah, Bakul Rahmah dan Pakej Rahmah turut diperkenalkan.


6. Subsidi Harga Padi


Kadar Skim Subsidi Harga Padi telah dinaikkan daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan.


Kali terakhir kenaikan ini dibuat adalah pada 25 tahun yang lalu.


7. Penambahan kuota haji


Hubungan baik Malaysia-Arab Saudi diterjemahkan menerusi penambahan kuota haji buat jemaah dari Malaysia iaitu daripada 14,306 kepada 31,600.


8. Memecahkan monopoli


Agenda perkongsian kekayaan sudah sekian lama diperjuangkan sosok bernama Anwar Ibrahim.


Kerajaan Perpaduan telah mengkaji semula monopoli oleh Puspakom, Touch ‘n Go dan DNB bagi mewujudkan ekosistem persaingan yang lebih adil.


9. Tuntutan Sulu


Mahkamah Rayuan Paris telah membatalkan tuntutan Sulu kepada Kerajaan Malaysia sebanyak US$14.9 bilion.


10. Skim Perubatan Madani


Penerima STR kini boleh mendapatkan rawatan di klinik swasta secara percuma menerusi Skim Perubatan Madani.


Inisiatif ini bukan sahaja dapat meringakan beban kos sara hidup rakyat, malah turut sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesesakan di klinik kerajaan.


Kesimpulannya, 9 bulan telah berlalu dengan pantas. Namun, masa yang singkat ini telah dimanfaatkan Kerajaan Perpaduan untuk memulakan kerja bagi membina kembali Malaysia.


Terima kasih Kerajaan Perpaduan! Teruskan berkhidmat demi kemaslahatan rakyat Malaysia Madani!

Comments

Popular posts from this blog

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA