APA PILIHAN PESAWAH PADI DI KEDAH?




Berbakti sebagai pesawah padi adalah satu pekerjaan yang mulia.


Daripada nelayan di lautan luas kepada ahli korporat di pencakar langit, semuanya punya tenaga untuk mencari rezeki berkat beras yang dituai para pesawah.


Di Kedah, terdapat 66 ribu orang membanting tulang sebagai pesawah padi. Keluasan kawasan MADA di Kedah pula melebihi 80 ribu hektar.


Namun belakangan ini, status Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi semakin terjejas.


Hasil purata pengeluaran padi tertinggi negara dikeluarkan jiran Kedah di Pulau Pinang.


Padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam pula jauh lebih subur berbanding di Kedah dengan penghasilan antara 6 hingga 10 tan sehektar bagi satu musim.


Saban tahun, pengeluaran padi di Kedah juga semakin menurun. Perkara ini berlaku disebabkan beberapa masalah.


Satu, bekalan air yang tidak cukup menyebabkan padi tidak menjadi.


Ini sama sekali bukan salah pesawah.


Bekalan baja yang lewat sampai daripada MADA menyebabkan pokok mula lapar dan lemah yang akhirnya terdedah kepada serangan penyakit.


Ini juga bukan salah pesawah.


Kalau pesawah di Sekinchan sudah menggunakan jenteram padi dan dron terkini sumbangan agensi Kerajaan Negeri, kebanyakan pesawah di Kedah masih menggunakan jentera beroda yang berat dan berusia untuk menyediakan tanah serta menuai padi.


Sekali lagi bukan salah pesawah yang berpanas pagi dan petang di sawah.


Padi ialah tanaman yang manja. Sistem pengairan perlu tersedia secukupnya. Baja tidak boleh diberi terlalu awal dan lambat, perlu tepat pada masanya.


Namun kesemua ini berada di luar kawalan para pesawah di Kedah. Kerajaan Negeri dan agensi yang berkenaan perlu bertanggungjawab.


Banjir besar pada tahun 2021 telah menenggelamkan 5,849 hektar sawah di kawasan MADA. Sedangkan situasi ini boleh dielakkan seandainya sistem perparitan yang baik disediakan.


Sampai ke hari ini, setiap kali musim tengkujuh tiba, para pesawah di Kedah risaukan tanaman mereka yang berkemugkinan besar akan terjejas.


Kegagalan ini seolah-olah satu sabotaj yang meletakkan pasir di periuk nasi para pesawah.


Pagi tadi, Perdana Menteri mengumumkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dinaikkan daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan.


Kali terakhir kenaikan diumumkan adalah pada 25 tahun lalu.


Berita ini disambut baik 66 ribu pesawah di Kedah. Pengumuman itu akan menyaksikan para pesawah memperoleh RM1,700 bagi satu tan pengeluaran padi.


Sebelum ini, para pesawah menerima bantuan khas berjumlah RM200 sempena perayaan Aidilfitri.


Sumbangan terbesar sudah tentulah daripada Bernas hasil perbincangan Perdana Menteri dengan Syed Mokhtar yang mencapai persetujuan untuk menyumbang RM60 juta kepada para pesawah.


Segala usaha ini adalah baik. Namun, apa yang benar-benar diperlukan para pesawah adalah perubahan MADA, agensi yang sepatutnya membantu golongan ini.


Perubahan ini hanya dan hanya akan berlaku sekiranya wujud perubahan di peringkat Kerajaan Negeri. Ini satu-satunya pilihan yang ada buat para pesawah di Kedah.


Moga dipermudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA