APABILA MUDA MASUK PRN



Sah, MUDA akan berpencak di gelanggang PRN dengan lencana sendiri.


Terkejut? Tidak sama sekali.


Lihat sahaja kelibat MUDA dalam tempoh satu minggu terakhir ini.


Pemimpin utama PH teruk diserang MUDA.


Mangsa terbaru ialah Anwar Ibrahim, Pengerusi PH sendiri.


2 hari lalu Amira Aisya mengkritik dan menyamakan tindakan Anwar Ibrahim bergurau meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan sebagai ‘objectifying’ dan ‘menghina wanita’.


Penulis akur, barangkali niat baik Anwar untuk berjenaka perlu disulam dengan kata-kata yang lebih berhati-hati.


Namun, serangan besar-besaran MUDA di media sosial terhadap Anwar Ibrahim boleh disifatkan keterlaluan.


‘Objectifying’ atau menjadikan wanita seolah-olah objek adalah tuduhan berat yang bikin orang ramai rasa tidak selesa atau merasakan perjuangan feminisme ini kertelaluan. Hal ini mengalihkan fokus kepada wanita yang benar-benar memerlukan pembelaan.


Hal ini penulis gelar ‘aktivisme tak kena tempat’.


Malangnya, ini bukan kali pertama MUDA memilih untuk mengkritik pemimpin PH tanpa meneliti tempat dan waktu yang sesuai.


Sebelum ini, Mat Sabu sudah jadi mangsa aktivisme MUDA. Abang Mat dituduh tidak berpegang kepada janji untuk membawa isu kapal LCS ke Parlimen.


Turut diserang, speaker dewan Johari Abdul. Sedangkan, LCS ini masih lagi dikaji PAC. Selagi belum tersusun segala fakta dapatan PAC, apa yang mahu diperdebatkan?


Sabar. Jangan dilayan sangat darah muda kamu itu, wahai MUDA.


Serangan demi serangan ke atas pimpinan tertinggi PH ini sampai ke kemuncaknya semalam apabila MUDA mengumumkan untuk bertanding solo dalam PRN.


Respon penulis, OK. Teruskan.


Barang diingat, semasa PRU yang lalu, MUDA mengemis jentera parti daripada PH.


PH dengan berbesar hati sudi membantu MUDA untuk turut sama berkempen. Tolong pacak bendera, tolong buat hebahan, tolong bina bilik gerakan.


Sebelum PRU-15 lagi, PH sudah mengalah dengan memberi kerusi kepada MUDA dalam PRN Johor tahun lalu.


Apa kamu lupa Amira Aisya, kerusi empuk Puteri Wangsa yang kamu duduki sekarang diberikan laluan oleh Amanah. Mereka juga yang membantu kamu berkempen.


Tindakan MUDA bertanding nanti menimbulkan satu persoalan : Adakah MUDA masuk PRN bererti MUDA ‘keluar’ PH?


Sama-sama kita nantikan.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA