CELOTEH BADUT SANUSI TIDAK BAWA KEBAIKAN KEPADA EKONOMI KEDAH



Sempoi, anak kampung, tak lupa asal usul bukan satu masalah untuk jadi pemimpin. Masalah besar jadi bila mulut capoi. Mulut puaka bukan setakat bawa bermusuh dengan orang, bawa bala pada diri sendiri dan bawa malu satu negeri. Bila dah jadi, kalutlah nak cover line buat riuh benda lain pula.


Tak lama dulu Sanusi bongkak, konon pelaburan lulus Kedah paling tinggi, dapat dalam tempoh segera. 


Sebenarnya pelaburan masuk tertinggi Kedah tahun lalu cuma menumpang tuah Kerajaan Persekutuan selepas pelancaran NCER yang dirangka sejak 2007. Sebab itu PM-9 turun dan endorse Kedah sebagai potensi. Tapi bila sudah dapat, Menteri Besarnya cuma pandai gerakkan bibir, tak tahu nak susun koordinasi supaya pelabur tak lari. Dengan jiran pun cari pasal, dengan kerajaan pusat pun mulut tak bertapis, dengan Perdana Menteri semasa pun cari jalan nak buat fitnah.


Syarikat ASPEN GLOVE yang khabarnya buka 2,500 peluang pekerjaan dalam masa lima tahun kini lingkup tak sampai setahun beroperasi.


Lagi parah, Kulim Hi-Technology Park (KHTP) menanggung hutang sukuk dari Aspen Glove untuk tujuan pembinaan tapak operasi. Pelabur lari, hutang dapat.


Akhirnya, tanah kerajaan negeri KHTP mahu dijual ke Singapura. Menang sorak, kampung digadai. Pertimbangan pelaburan sudah pastilah tak dibuat. Ketika China sudah masuk pasaran sarung tangan di Malaysia dengan harga lebih murah, ada pula negeri berani terima pelaburan persaingan tanpa memikirkan potensi permintaan. Bila sudah oversupply, company lingkup. Kerajaan Negeri dapat tempias. Akibat berfikir guna mulut.


Sebut pasal Kulim, mulut Sanusi tak bersambung dengan saraf otak sekali lagi. Dengan berlagaknya celupar selamba mendedahkan rahsia negeri.


Menjawab penolakan Syed Mokhtar untuk pelaburan Lapangan Terbang Kulim, "Kalau dia tak mahu, 18 lagi pelabur boleh ganti,".


Sanusi juga jawab Tan Sri Syed Mokhtar belum jawab surat dari Kerajaan Negeri. Maksudnya benar dakwaan Kerajaan Pusat yang KXP tak ada pelabur yang jelas. 


Dari mulut dan prestasi, pun sudah boleh teka, bila ada pelabur nanti, operasi tak lama dan hanya tinggal janji-janji kosong untuk peluang pekerjaan. Silap haribulan, tambah lagi hutang Kerajaan Negeri dan merengeklah kepada Kerajaan Persekutuan.


Hari ini, disebabkan mulut capoi celoteh badut yang berani berperang dengan Pulau Pinang isu air, akhirnya minta campurtangan Kerajaan Persekutuan untuk selesaikan. 


Bila diasak isu air di Kedah, jawabnya belum kritikal. Kampung sendiri pun ada masalah air, lagi berani 'nak jual air' pada orang. 


Seronok jadi badut dan dapat perhatian untuk jadi sempoi, akhirnya kerja terbengkalai. Hubungan ekonomi jadi tak tentu hala. Pelabur pun tak reti nak jaga.


Kalau pandai tengok bola dan bergaduh pasal bola, lebih baik Sanusi pencen dan buka Ultras Kedah. Tak perlu berfikir pasal KXP untuk belanja RM6 bilion dan tebang pokok 9,800 ekar yang belum tentu menjadi.


Untung Kedah boleh ada Capo baru ada pengalaman jadi MB, tahu cara bergurau dengan JDT.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA