KERAJAAN MUHYIDDIN-HADI AWANG ADALAH KERAJAAN GAGAL



Imaginasi politik meracau ini adalah satu gambaran kepada anda yang membaca bersandarkan realiti semasa. Kalau mengikut tajuk, kita mula dari kenapa Muhyiddin gagal, kenapa Hadi Awang gagal, dan kita habiskan dengan kenapa gabungan Muhyiddin-Hadi ini gagal. Sebelum itu jangan kita lupa, kegagalan pertama Muhyiddin-Hadi ini ialah kegagalan menghantar SD ‘cukup sokongan’ ke Istana Negara adalah satu mahakarya sastera yang menjadi jenaka sampai bila-bila. Akhirnya mengigau cari jalan tebuk atap kononnya mereka yang lebih diterima.


Muhyiddin dan keruntuhan BERSATU


Hujung minggu lalu, Hamzah Zainuddin terciduk dengan menyalahkan Kerajaan Perpaduan. Kilasan Hamzah kepada pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa untuk menyeleweng wang adalah satu pemburuan politik kerajaan. 

Idea ini tidak lain tidak bukan diwarisi dari kebijaksanaan Muhyiddin untuk berkungfu mengalih dosa sendiri kepada rekaan dosa orang lain sejak hari pertama pendakwaan Jana Wibawa. Malah, BERSATU sudah siap awal skrip sekiranya Muhyiddin turut didakwa, bahawa “Muhyiddin ialah sasaran sebenar,”. Sungguh tidak cerdik dan jelas bersalah dengan cubaan untuk play victim tanpa menafikan sebarang bukti dan tuduhan. 


25 kerusi parlimen ini sudah mencacatkan slogan Bersih dan Stabil. Gelombang penolakan ahli PAS kepada gabungan dengan BERSATU sudah semakin kedengaran.  Selain menyalahkan orang, Muhyiddin juga mahir untuk bermusuh dengan semua orang. Membentuk kerajaan? Ahli PN sendiri pun sudah tidak percaya pada BERSATU, siapa orang luar yang cerdik mahu bergabung dengan mereka? Masalah parti tak berkesudahan, lagi berangan mahu jaga negara (lagi).


Hadi Awang dan kecelaruan PAS


49 Kerusi kemenangan PRU-15 tidak dimanfaatkan dengan baik oleh PAS. TGHH dan rombongan tentera PAS makin sohor dengan kenyataan ekstrim dan tidak mesra rakyat.


Dengan kekerasan melawan titah Sultan Terengganu terhadap larangan ceramah politik, TGHH menyamakan realiti semasa dengan peradaban Rasulullah SAW. Hanafiah Mat sudah menjadi tak tentu arah selepas jenaka badut menghina Menu Rahmah. 100 hari pencapaian Ahli Parlimen PAS dijulangi dengan siri lawatan kenduri bersama YB. Menu Rahmah pun boleh menyebabkan kanser, autisme, dan autoimmune disease. Saman fitnah bertimpa-timpa dengan rasa bangga. Mentega Terbang yang diluluskan kerajaan mereka sendiri, kini jadi bala buat orang lain. Akhirnya selepas tak tentu hala dengan masalah sendiri, ugut Kerajaan Anwar Ibrahim tak lama lagi akan tumbang. 


Kalaulah Ahli PAS berfikiran waras, tujuh dosa besar ini lebih dari cukup untuk rasa malu mengundi PAS dalam PRU lalu.


Muhyiddin-Hadi


Duo ini tidak sedar diri. Sedang menjahanamkan diri, boleh pula bercita-cita menjahanamkan negara. Paling busuk pun untuk tebuk atap mudah, mereka perlu 39 lagi kerusi.  Jadi pembangkang pun tak tentu hala. Ponteng parlimen sudah jadi skrip biasa. Jadi kerajaan dahulu pun seorang lari dari media, seorang lagi tak lari tapi tak pernah menjawab soalan dan tanpa gagal menjual dalil untuk semua tindakan. 


Muhyiddin, bersiap sahajalah. Tuan Guru Haji Hadi sudah ada dalil dalam poket jubah untuk kalian berdua berpisah.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA