MUHYIDDIN MANGSA KEZALIMAN KERANA SAKAU RATUSAN JUTA DARI KONTRAKTOR?




Skrip lama, pelakon baru. Drama air mata dan simpati tak bertempat kembali bersiar.
















Muhyiddin sedang giat menjual cerita kononnya semua parti pun menerima dana, sebagai sumbangan dari ahli dan penyokong kerana parti politik tidak menjalankan perniagaan.
















Cuma Muhyiddin terlupa, bukan semua ahli politik boleh guna kedudukan sebagai PERDANA MENTERI dan PRESIDEN PARTI untuk 'meminta' sumbangan lebih RM 427.5 juta dalam pelbagai bentuk aset dalam tempoh pentadbiran beliau melalui enam pertuduhan. 
















RM 427.5 juta ni boleh guna untuk bertanding 4275 kerusi parlimen. Boleh guna untuk 19 kali PRU. Tapi dalam PRU-15, bertanding pun cuma 169 kerusi. Takkanlah presiden parti tak pandai menolak beratus juta lebihan sumbangan kalau betul mahu digunakan untuk pergerakan parti sekalipun. 
















Maksudnya memang betul tamak, dan tidak lama, dari parti masuklah ke akaun peribadi. Atas alasan 'perbelanjaan' untuk bahagian kawasan parti. Cerdik skim rompakan ini sudah lama dipakai dalam agenda politik malaya. Cuma kali ini twistnya pelakon sudah bertukar baju.
















Dalam menyusun darurat terpanjang di dunia, rupanya beliau jugalah Perdana Menteri yang memakan habuan 'direct nego' terbanyak di Malaysia. 
















Dalam darurat dan gantung Parlimen pun boleh arah MOF luluskan projek lebuhraya kepada syarikat yang pernah beri sumbangan dana COVID-19 sejumlah RM 1.25 juta. Hujung cerita alih-alih tak kenal, tak tahu siapa.
















Bila parlimen tidak bersidang, rakyat sudah dikurung,








lebih mudah musang keluar belang,








lebih banyak lalat menghurung.
















Terlalu tidak logik sumbangan politik untuk kegunaan kempen dengan sengaja diberi dalam bentuk ekuiti malah dalam jumlah yang terlalu besar untuk sebuah parti kecil. Itulah namanya sakau. Bijak mengurus dan menabung untuk masa depan. 
















Bila sudah terciduk, aneh sekali yang dijaja cerita adalah kezaliman. Lagi parah, sampai ada yang membuka tabung untuk membiaya yuran peguam.
















Yang naik Vellfire - Midin








Yang lepak golf - Midin








Yang lepak St. Regis - Midin








Yang ada banglo Damansara - Midin








Yang lepak London sebulan - Midin








Yang ada 300 juta dalam parti - Midin
















Yang kena bayar yuran guaman? - Pertubuhan Jihad Ekonomi Melayu. 








Yang buka tabung milo nak bantu - Walaun.
















Yang dizalimi sebenarnya penyokong taksub kepada Muhyiddin. Yang dijaja cerita zalim pula ialah kerajaan semasa kerana bongkar kezalimannya.
















Tak usahlah terpedaya dengan susunan aksara drama politikus. Ketagihan salahguna kuasa dan penyelewengan dana ini ubatnya cuma penjara, bukan sokongan buta dan air mata.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA