PAS & BERSATU SUDAH MAHU BERCERAI



Keputusan PRU 15 jelas menunjukkan PAS merupakan parti politik yang memenangi 43 kerusi dan Bersatu pula menang 30 kerusi. PAS sebenarnya parti paling besar dalam komponen Perikatan Nasional.


Namun begitu, PAS seolah-olah dari dahulu dianggap sebagai rakan sampingan berbanding watak utama. Jika sebelum ini calon Perdana Menteri mesti datangnya daripada Bersatu namun pasca PRU 15 juga jawatan Ketua Pembangkang diberikan kepada Dato Hamzah. Segala-galanya Bersatu mesti didahulukan dan PAS dikemudiankan. 


Begitu juga semasa Perikatan Nasional membentuk kerajaan dimana kesemua kementerian yang baik disapu bersih oleh Bersatu dan PAS hanya diberikan kementerian- kementerian yang kurang penting. 


Situasi ini menjadi lebih keruh apabila kini perbincangan pembahagian kerusi untuk PRN dimana PAS dan Bersatu memiliki banyak kerusi pertembungan. Hal ini disebabkan, kerusi majoriti Melayu menjadi rebutan dan merupakan kerusi putih dan kelabu yang boleh menang. 


Pertembungan untuk menjadi calon MB Selangor dan Negeri Sembilan antara PAS dan Bersatu juga semakin sengit. 


Oleh sebab itu, Bersatu tampil ke hadapan untuk menyatakan tiada poster boy MB Selangor. 

Pihak akar umbi PAS pula merasakan kekuatan Bersatu datangnya daripada jentera dan ahli PAS. Mengapa pula PAS yang seharusnya dipimpin dan bukannya yang memimpin? 


Tambahan pula, sebelum ini kesemua rasa hormat kepada Bersatu adalah berdasarkan kepada faktor Muhyiddin Yassin. Kini apabila pemimpin utama seperti Muhyiddin berhadapan dengan pelbagai pendakwaan politik maka akar umbi PAS sedang bertanya adakah selepas ini mereka perlu dipimpin oleh Peja? Apa kurangnya Hadi Awang, Tuan Man dan bahkan Takiyuddin jika hendak dibandingkan dengan Peja? 


Baru-baru ini juga kepimpinan tertinggi PAS sudah berjumpa dengan Tun Mahathir. Keadaan ini menyebabkan pihak Bersatu kurang selesa kerana pertelingkahan lama antara Tun dengan PPBM masih lagi segar dalam memori akar umbi mereka. 


Oleh sebab itu, air panas yang kini sedang mendidih ini akan mencapai kemuncaknya pasca PRN dimana konflik perebutan kerusi MB semestinya akan menjadi isu halangan terbesar kepada perpaduan antara PAS dan Bersatu.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA