BUTA HATI BUAT HADI JADI ANGKUH



Mentafsir sesuatu di luar konteks adalah kepakaran ulung Haji Angkuh. Melabelkan orang lain menentang Al-Quran, menjenamakan orang lain buta hati. 


Beliaulah yang terpaling pakar jenama. Kepelbagaian jurus pandang beliau menyaingi resipi Khairulaming sesedap rasa. Haji Hadi lebih dari rasa.


Baru-baru ini beliau membuat ciapan ‘Buta Hati Menuduh Melayu Angkuh’. Ciapan ini jelas, Abdul Hadi cuba memainkan lagi sentimen Melayu-Islam. 


Sehingga lupa Abdul Hadi sedang menelangjangkan kedangkalannya. 


Abdul Hadi dan PAS sangat menyukai sentimen ini, kerana mereka percaya bila sentimen ini digembar gemburkan pastinya rakyat akan menyokong mereka. 


Tetapi tahukah ia adalah sentimen kuno? yang mencermin ketidakrelevanan PAS dan Abdul Hadi? 


Ketika seorang ketua negara memberi peringatan mesra, Hadi menyambutnya sebagai peluru politik. Maka Walaun bergembira seolah-olah YAB PM telah menurut jejak langkah Hadi yang ternama dengan operasi menjenama.


PMX jelas di dalam kenyataannya bahawa kesemua yang dinyatakan adalah sebagai tauladan buat umat secara keseluruhannya. 


Tapi puak-puak ini cuba bertopeng kan sejarah, agama dan bangsa agar kelihatan merekalah terpaling ke depan memperjuangkan Melayu-Isle. 


Tidak wajar Shahidan Kasim risau nama 'Pembangkang' mahu diubah kepada Oposisi. Hadi tidak pernah berubah. Semuanya mahu dibangkang. 


Bagi Hadi, yang penting sesuatu perlu dikeluarkan dari bibir dan jarinya sebelum otaknya bekerja. Apa saja dibuat orang lain, dibangkang. 


Semua orang lain buat juga salah. PAS perlu berubah. Mereka perlu sedar, untuk menjadi relevan, bukan sekadar perlu berbunyi. 


Bunyinya harus lunak untuk didengar, barulah bacaannya boleh diulang untuk disampaikan.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA