KEPETAHAN BERBAHASA ANWAR IBRAHIM YANG TIADA BANDINGNYA



Saya percaya seluruh rakyat Malaysia mengenali dan mengetahui akan kepetahan dan kefasihan berbahasa PMX. 


PMX bukan sahaja dikenali sebagai sosok yang mampu menyadurkan pengaruh secara berkesan dalam ucapan pidatonya malah beliau juga serorang pendebat yang matang dan kaya dengan fakta dan analisis sewaktu berbahas di Parlimen. 


Hatta boleh saya katakan PMX merupakan antara pemimpin politik di dunia yang mempunyai peminat-peminat yang mengagumi dan menggemari setiap bait-bait ucapannya. 


Semalam wujud satu bingkisan daripada seorang Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional, Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa PMX memberikan kualiti jawapan yang rendah, meleret-leret dan ayat pengucapan menjadi caca merba. 


Maka ia memberikan kesan kepada pembangkang, minat untuk mendengar sesi soal jawab PMX di Parlimen pun menjadi rendah. 


Jika didengar atau dibaca sekali imbas akan bingkisan Wan Skandal Jana Wibawa ini, kita menyedari bahawa tindakan pembangkang keluar daripada Parlimen baru-baru ini dan semalam ketiadaan tiga pemimpin utama di blok pembangkang hilang sewaktu sesi soal jawab bersama Perdana Menteri di Parlimen adalah disebabkan rasa tidak puas hati dengan kualiti pengucapan PMX, maka tindakan mereka, tidak mahu mengikuti sesi soal jawab dan perbahasasan di Parlimen. 


Untuk menjawab dakwaan kedangkalan ini, saya pecahkan kepada dua aspek utama. 


Pertama, kualiti pengucapan seorang Perdana Menteri yang dikatakan ayatnya meleret-leret dan caca merba sewaktu berucap, berbahasa atau menjawab pertanyaan di Parlimen. 


Dakwaan ini adalah dakwaan yang tidak masuk akal dan tahap dangkalnya lebih dalam dari lapisan struktur bumi, Inner Core. 


Kenapa saya mengatakan demikian? kerana ahli parlimen pembangkang berpura-pura tidak faham pengucapan PMX sewaktu di Parlimen, dan tahukah anda setiap pengucapan yang dikeluarkan PMX khususnya yang terbaru ini dalam sesi soal jawab adalah kenyataan rasmi daripada pihak Kerajaan. 


Setiap kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan yang disampaikan melalui lidah seorang sosok yang bergelar Perdana Menteri adalah kenyataan yang mempunyai teks ucapan yang dirangka khas. Ia dibina dan dinilai dengan struktur, analisis dan fakta yang tepat sebelum disampaikan secara rasmi dalam Parlimen. 


PMX adalah seorang pengucap yang baik. Lenggok ucapannya begitu mudah difahami dan dihayati. Sehingga hari ini beliau masih kekal dalam carta antara pemimpin politik di dunia yang hebat dan memukau pendengarnya di dalam pengucapan.


Jadi bahagian mana yang pembangkang tidak faham? eeelahai pembangkang ni. Cuba bermain selamat, tetapi tidak sedar kenyataan dan dakwaan yang dikeluarkan mencerminkan kedangkalan. 


Bermaksud pembangkang faham, tetapi pura-pura tidak faham. Pembangkang faham tetapi tidak berani mempertikaikan dan berhujah balas. Untuk menyelamatkan blok pembangkang daripada situasi dan tindakan 3 pemimpin utama pembangkang yang hilang dari radar 7 kali berturut-turut sewaktu sesi PMQ, serangan kepada perkara-perkara teknikal mula dikumandangkan. 


Kalaulah kami yang duduk di kampung pedalaman ini pun boleh faham, takkanlah Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mempunyai deretan kesarjanaan tak boleh faham. Awas ye!


Kedua dari aspek peranan seorang ahli parlimen. Saya percaya individu-indvidu yang menang dalam PRU, adalah calon yang dipercayai berupaya memperjuangkan nasib rakyat di kawasan parlimennya. 


Tindakan berpeluk tubuh seperti hilang dari radar atau keluar beramai-ramai sewaktu perbahasan di Parlimen adalah isyarat yang jelas mengingkari mandat yang diberikan. 


Rakyat selaku pengundi mengharapkan idea-idea yang bernas dapat dilontarkan sewaktu sesi perbahasan di Parlimen, kalaulah isu-isu ketidakpuashatian terhadap struktur bahasa atau hal-hal teknikal yang remeh-temeh yang menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengikutinya maka apa lagi yang tinggal untuk diperjuangkan?


Mandat diberi oleh rakyat,

Gaji juga dibayar hasil daripada duit rakyat, 

Hal-hal remeh-temeh yang boleh diketepikan malah dibesar-besarkan hingga mengabaikan suara-suara untuk memperjuangkan nasib rakyat. 


Macam manalah boleh menang dalam PRU. Luluh dan berkecai hati kami sebagai pengundi melihat perilaku ini. 


Itu belum campur lagi dengan skandal dana, penyelewangan kuasa dan sebagainya. Mujurlah hari ini Perikatan Nasional berada di blok pembangkang. Boleh haru biru negara jika dipimpinnya. 


Serangan-serangan tidak berasas terhadap PMX perlu dinoktahkan. Berusahalah menjadi pembangkang yang ‘best’ sebagaimana motto PN yang didendangkan. 


Cerminkan juga kematangan dalam berpolitik. Jika dangkal, belajar dari kesilapan dan pengalaman. Hargailah mandat kami selaku pengundi. Jangan jadikan undi kami semata-mata untuk menikmati keistimewaan yang disediakan. 


Sekalipun menjadi pembangkang, tidak bermakna pembangkang boleh berpeluk tubuh dan melepaskan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang telah dipilih okeh pengundi. 


Jalankan tanggungjawab semak dan imbang dengan sebaiknya. Bukan lari menghilang lalu mempersoalkan hal-hal yang tidak ada faedahnya bagi rakyat dan negara secara keseluruhannya.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA