MERAIKAN MINORITI BUKAN SETAKAT MEMBENARKAN PERAYAAN






Bila YAB Perdana Menteri mengambil hikmah dari lawatan beliau ke Kemboja, sudah pastilah pembangkang terjerat lagi dengan kebodohan sentimen pro-Melayu Islam yang tidak berasas. Merekalah yang terpaling Ultras Melayu.


Peringatan kepada 'keselesaaan' dan 'keangkuhan' majoriti melayu ini begitu sayang terbuang tanpa diambil sebarang iktibar.


Bila teguran diberi secara umum dan sebahagian 'wakil' Melayu-Islam tidak dapat menerima secara berlapang dada, bukankah itu sifat angkuh?


Sebaliknya kenyataan tersebut diputar ke hujung dunia dengan cubaan mahu membuktikan Melayulah yang paling bertolak ansur dengan bangsa atau penganut agama lain. Apakah konsep peringatan yang dipakai untuk masa hadapan menafikan segala toleransi kita pada masa lalu? Tidak.


Keselesaan dan keangkuhan ini terpakai bila Parti Politik tertentu begitu menebalkan keunggulan peribadi dengan menolak perjuangan parti lain hanya kerana perlembagaan merekalah yang terpaling berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah. 


Apabila proses pengkafiran muslim berlaku dalam kalangan muslim sendiri, apakah ia tidak menyindir golongan bukan Melayu dan muslim sebagai masyarakat kelas kedua?


Bukankah intra-keangkuhan narsisistik Melayu ini memberi stereotaip alami kepada mereka yang bukan Melayu dan beragama Islam. 


Ekstremisme puak tertentu juga begitu memandang rendah bahawa Malaysia mempunyai pelbagai cuti umum dan perayaan untuk golongan bukan Melayu-Muslim. 


Ironinya, golongan yang sama menjadi megaphone kepada larangan ucapan Hari Natal oleh muslim kepada penganut agama kristian.


Pejuang Melayua-Isle jugalah berteriak tentang kerisauan anak Melayu didoktrin untuk menghayati agama lain apabila program dianjurkan di rumah ibadah lain seolah-olah penganut bani Melayu adalah golongan elit yang tidak boleh dicemarkan dengan sebarang perkongsian kehidupan bersama orang lain.


Menganggap bukan Melayu dan bukan Islam sebagai bakteria, bukankah ini satu keangkuhan?


Seorang pemimpin memberi peringatan kepada rakyat adalah satu resmi kemasyarakatan. Apabila Allah SWT menurunkan surah Al-Hujurat ayat 13 yang mengingatkan umat manusia berkenal-kenalan dan bermesra dalam kepelbagaian, adakah ia sebuah dakwaan bahawa seluruh generasi manusia sebelum itu tidak pernah bermesra dan berkenal-kenalan antara satu sama lain?


Melenting dan berkobar-kobar menghangatkan api sentimen perkauman adalah tanda besar parti politik tertentu begitu jumud, angkuh, dan selesa.


Seolah-olah mereka hidup malar segar hanya kerana Melayu sahaja. Jangan lupa, formula pembodohan Melayu ini juga akan membuatkan kalian mati, hanya kerana Melayu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA