MUHYIDDIN, HAMZAH & HADI KECUT BERDEPAN DENGAN PMX DI PARLIMEN

Dalam sifir perang, mana-mana  pasukan yang berundur sebelum atau semasa bertempur, maka mereka adalah pasukan yang kalah dan gagal. 


Pengunduran itu juga menuntut panglima perang yang memimpin pasukan berkenaan meletakkan jawatan serta merta. Pengunduran bukan saja menjatuhkan air muka wilayah yang diwakilinya malah ia menjatuhkan maruah angkatan tenteranya. 


Saya melihat sifir ini begitu simbiosis dengan keadaan politik negara yang terkini khusus terarah kepada pihak pembangkang, yang saban hari sudah mula menunjukkan ketidakrelevanannya.


Beberapa hari yang lalu berlaku satu sandiwara di Parlimen apabila pihak Perikatan Nasional selaku pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda protes apabila usul berkenaan pengeluaran KWSP bersasar ditolak dewan. 


Sandiwara ini seakan-akan sudah mendarah daging dalam Perikatan Nasional. Sebelum ini sandiwara keluar beramai-ramai daripada Dewan Rakyat juga pernah dicetuskan oleh PAS sewaktu pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohammad Ariff Yusof sebagai speaker.


Apa sudah terjadi pada pihak pembangkang? Di manakah letaknya amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat? 


Apakah satu undi yang diberikan oleh rakyat berfungsi semata-mata untuk meraih keistimewaan yang diberikan kepada seseorang yang bergelar wakil rakyat? 


Bukannya berdiri teguh untuk membahaskan dan memperjuabgkan perihal pengundinya. 


Barangkali agak pahit untuk ditelan tetapi inilah kebenaran. Pembangkang sudah mula mengingkari akan mandat yang diberikan oleh rakyat. 


Saya juga seorang pengundi, maka saya juga berhak untuk bersuara dan menghakimi. 


Bahkan lebih memilukan, hari ini Hamzah, Muhyiddin dan Abdul Hadi yang merupakan pemimpin utama di blok pembangkang, masuk ketujuh kali berturut-turut hilang dari radar Dewan Rakyat sewaktu sesi soal jawab Perdana Menteri. 


Jika situasi ini boleh disinonimkan dengan sifir perang, maka merekalah panglima-panglima angkatan perang yang gagal memimpin dan menjatuhkan air muka angkatan perangnya. 


Hal ini juga sekaligus membuktikan kegerunan mereka untuk berhadapan dengan sosok yang bernama Anwar Ibrahim. 


Sewaktu di luar sidang bukan main mereka memekik dan melolong, menuduh dan mempersoalkan setiap tindak tanduk barisan Kerajaan Perpaduan, tetapi bila tiba waktunya berpeluang berhadapan dan berbahas mereka hilang tanpa bayang-bayang. 


Keluar dewan beramai-ramai dan mengelak untuk berbahas bersama PMX adalah tanda pihak pembangkang mula mengalah dan mengkhianti mandat yang ada. 


Maka sewajarnya mereka diberikan pengajaran dlm PRN dan PRU yang akan datang. 


Contohilah perilaku dan tindakan PMX sewaktu menjadi pembangkang. Walaupun berhadapan persaingan sengit sewaktu perbahasan beliau tetap tampil dan teguh berbahas dengan pemimpin-pemimpin dari blok kerajaan.


Beliaulah contoh yang terbaik dan layak dijadikan ikon Parlimen. PMX kekal berprestasi cemerlang sama ada sewaktu di blok kerajaan ataupun pembangkang. 


Maka wakil-wakil rakyat terutamanya pemimpin-pemimpin utama di blok pembangkang berundurlah secara terhormat jika sudah tinggak sanggup lagi berjuang. 


Jangan lagaknya seperti si jaguh ayam sabung kampung. Cuma berani di belakang lawannya, tetapi takut berhadapan dengan lawannya.


Apalah guna menang dalam mengalah, jika pulangannya cuma sia-sia dan membuang masa.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA