PERIKATAN NASIONAL YANG SUDAH TIDAK RASIONAL



1. Melihat ketangkasan dan keberhasilan YAB PM menguruskan dan merencanakan Malaysia Madani membuatkan PN merasakan mereka semakin terancam. Sehingga sanggup mempolitikkan segala-galanya. Apa sahaja kebaikan yang dibuat oleh Kerajaan, semuanya menjadi dosa-dosa yang dilabelkan dan dipersepsikan. 

2. PN semakin menjadi tak rasional menjelang bulan Syawal. Bayangkan isu pembatalan tayangan video PN takbir Hari Raya di TV3, disebabkan oleh masalah teknikal yang telah dijelaskan oleh TV3. Dikatakan agenda sekatan oleh Kerajaan. Betapa busuknya hati puak-puak PN ini, lain yang salah, lain yang dapat fitnah. 

3. Sambutan Rumah Terbuka Madani di 6 negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi, dikatakan sebagai sambutan bermotifkan politik, kempen untuk PRN, dan suatu pembaziran. 

4. Tetapi yang peliknya, Kerajaan Kelantan dan Terengganu yang datang daripada PN mengalu-alukan sambutan ini, terbuka dan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan YAB PM DSAI. 

5. Terbaharu, Wan Saiful yang juga datang daripada PN mencadangkan agar rumah terbuka diadakan di semua kawasan Parlimen dan DUN. 

6. Apa sudah jadi? Pendirian dan kenyataan saling bercanggah sesama sendiri. Kecelaruan membuatkan PN jadi tak keruan, atau mereka tidak ada group Whatsapp untuk saling berhubungan. Satu cakap lain, satu lagi mahu lain. Cacamerba dibuatnya. Barangkali wujud keretakan hubungan di antara PAS dan BERSATU di dalam PN?

7. Bila Kerajaan hendak buat sambutan rumah terbuka Aidilfitri di 6 negeri, mereka kata suatu pembaziran dan bermotifkan politik, lebih-lebih lagi di negeri-negeri yang bakal menjalani PRN. Tiba-tiba ada yang bersetuju, dan ada juga yang mencadangkan dibuat di seluruh Parlimen dan DUN. 

8. Persoalannya sekarang membazir ke tidak ni? Bermotifkan politik ke tidak ni? Menggelupur buat kenyataan media, eh lupa rupanya kawan yang lain dah bersetuju dengan sambutan ini. 

9. Dua muka surat kenyataan media, semuanya bercanggah dengan pendirian ahli PN yang lain. Barangkali Takiyuddin yang membuat kenyataan media ini mahu menggulingkan PN, mana tidaknya BERSATU sudah menjadi liabiliti kepada PAS di dalam PN.

10. Barangkali juga dalam diam-diam Takiyuddin sedang merencanakan dirinya untuk menakluk jawatan sebagai Presiden PN. Mana tidaknya, semua kenyataan media yang dibuatnya baru-baru ini tidak sehaluan dengan pendirian ahli PN yang lain. Sehingga lupa status dirinya hanyalah sebagai Timbalan Setiausaha sahaja. Perikatan Nasional yang sudah tidak rasional ini penuh dengan misteri. Ada yang bersetuju dengan pendekatan YAB PM dan ada yang menolak. Keretakan hubungan dalaman di antara PAS dan BERSATU nampaknya semakin jelas menuju jalan talak.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA