6 BULAN MEREFORMASI MALAYSIA



6 bulan adalah tempoh yang singkat bagi menjayakan suatu perubahan besar-besaran di dalam negara.


Tambahan lagi, kebobrokan yang ingin direformasikan adalah bersifat sistemik.


Namun hal ini tidak menghalang DSAI untuk mengetuai Kerajaan dalam melaksanakan agenda reformasi institusi.


Ya, tulisan ini akan merujuk Anwar Ibrahim sebagai DSAI kerana saya percaya akronim tersebut lebih sinonim dengan perjuangan reformasi.


Perkara pertama yang dibuat DSAI sebaik menghuni Perdana Putra adalah mereformasi sistem perolehan Kerajaan.


Pada 29 November tahun lalu, DSAI mengumumkan tata kelola perolehan Kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku tanpa tender terbuka.


Beliau turut mencadangkan supaya syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam tender projek mega Kerajaan tidak akan dinamakan ketika semakan jawatankuasa tender bagi memastikan wujud ketelusan.


Dalam masa yang sama, 6 projek tebatan banjir dan projek Jana Wibawa yang diluluskan Kerajaan terdahulu melalui proses perolehan yang meragukan telah disiasat dan akan ditender semula.


Kedua, agenda perkongsiaan kekayaan.


Ini adalah perjuangan reformasi yang sekian lama dilaungkan oleh DSAI.


“Yang kaya terus kaya, yang miskin kekal papa kedana.”


Sebab itu, DSAI telah menggerakkan beberapa inisiatif bagi mencabar monopoli Bernas, Touch ‘n Go dan Puspakom.


Malah di dalam Belanjawan 2023, DSAI berjaya mendapatkan komitmen Bernas untuk berkongsi keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.


Selain itu, Bernas turut bersetuju untuk menyumbang RM60 juta kepada golongan pesawah.


Ketiga, pemerkasaan Sabah dan Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963.


“Tanggungjawab pimpinan generasi kini adalah melaksanakan sumpah setia dan janji bapa-bapa kemerdekaan kita.”


Itu petikan ucapan DSAI di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.


Di bawah kepimpinan beliau, pemberian khas tahunan ditingkatkan daripada RM25 juta kepada RM260 juta untuk Sabah dan RM16 juta kepada RM300 juta untuk Sarawak.


Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak kini boleh meluluskan projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta tanpa merujuk kepada Kerajaan Persekutuan.


Kuasa kawal selia bekalan gas yang sebelum ini di bawah Petronas diserahkan kepada Kerajaan Sabah. Malah, Malaysia akhirnya dikurniakan Timbalan Perdana Menteri yang pertama dari Sarawak.


Kesemua ini merupakan perjuangan yang hadir bersama laungan reformasi yang sekian lama dikumandangkan.


Lebih mengagumkan, kesemua reformasi institusi ini berjaya dilunaskan dalam tempoh hanya 6 bulan setelah DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA