ANWAR IBRAHIM IKON KEMANUSIAAN GLOBAL



Tulisan ini bukan tentang seribu satu anugerah, pingat dan kebesaran yang diterima Anwar Ibrahim di serata dunia.


Saya percaya bahawa kerja-kerja kemanusiaan tidak boleh diukur melalui pengiktirafan dari mana-mana badan dunia, Kerajaan mahupun universiti terkemuka.


Penilaian harus dibuat ke atas tindakan dan bukannya pengiktirafan.


Tindak-tanduk Anwar Ibrahim dalam mempromosikan kemanusiaan di seluruh dunia tidak boleh dinafikan sama sekali.


Anwar Ibrahim membesar sebagai seorang aktivis yang lantang dalam isu kemanusiaan global.


Krisis Palestin, Perang Teluk, pencerobohan AS di Afganistan dan Iraq merupakan antara isu yang pernah disuarakan Anwar sebelum ini.


Selepas menghuni kerusi empuk Perdana Menteri, Anwar tidak terus selesa dengan kuasa.


Sebaliknya, beliau menggunakan platform yang kini lebih besar sebagai ketua negara untuk terus menyuarakan isu-isu kemanusian yang berlaku di dunia.


Semasa pertemuan dengan wakil OIC di Arab Saudi, Anwar memberikan kata dua tentang kesediaan negara untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Afganistan.


Malaysia hanya dan hanya akan mempertimbangkan kerjasama dengan Negara Teluk itu sekiranya Afganistan bersedia untuk memberikan peluang kepada kaum wanita di sana mendapatkan pendidikan.


Ini satu bentuk pendirian yang berani dan ternyata mengejutkan dunia terutamanya negara-negara Islam.


Sewaktu gempa bumi melanda Syria yang mengorbankan lebih 35,000 nyawa, negara itu sedang berada dalam sekatan AS.


Namun hal ini sama sekali tidak menghalang Anwar untuk menghulurkan tangan dan membantu.


Beliau menghantar satu Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik bagi memantau situasi di sana. Selain itu, Malaysia turut menyumbang dana bantuan kemanusiaan berjumlah RM10 juta kepada Syria.


Anwar juga berkesempatan untuk turun padang ke Turkiye sehari selepas dimaklumkan mengenai bencana gempa bumi tersebut.


Beliau ke sana bagi memberikan sokongan moral kepada mangsa gempa bumi selain memantau kerja-kerja mencari dan menyelemat oleh pasukan SMART.


Semasa lawatan kerja ke Thailand pula, Anwar menggesa sendiri rakan sejawatnya untuk menyelesaikan konflik yang sekian lama menindas etnik minoriti di Selatan Thailand.


Beliau turut melantik Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebagai fasilitator rundingan bagi membantu Thailand menyelesaikan konflik berkenaan.


Krisis penindasan terhadap etnik Rohingya sudah lama diperjuangkan Anwar Ibrahim sebelum beliau menghuni Perdana Putra lagi.


Kali ini di pundak kuasa, Anwar Ibrahim secara terbuka mengkritik Konsensus 5 Perkara ASEAN bagi menyelesaikan isu di Myanmar.


Beliau mencadangkan gerak kerja yang lebih menyeluruh dalam mendepani konflik kemanusian yang sudah bertahun-tahun cuba untuk diselesaikan ASEAN.


Demikianlah kesungguhan Anwar dalam membela nasib mereka yang teraniaya.


Beliau menjadi suara kepada insan yang tidak punya suara untuk menegakkan hak mereka.


Anwar Ibrahim is the voice for the voiceless.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA