ANWAR & JANJI BAPA-BAPA KEMERDEKAAN KITA



“Tanggungjawab pimpinan saya adalah melaksanakan sumpah setia dan janji bapa-bapa kemerdekaan kita.”


Demikian bicara Anwar Ibrahim tentang komitmen Kerajaan untuk memperkasa semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


MA63 adalah sumpah Tunku Abdul Rahman, Tun Fuad Stephens, Temenggung Jugah dan Tan Sri Datuk Amar Stephen untuk bekerjasama sebagai rakan sekutu dalam membangunkan Malaysia.


Sabah dan Sarawak adalah rakan sekutu, tidak lebih dan tidak kurang.


Malangnya sepanjang tempoh 60 tahun yang lalu, Sabah dan Sarawak berterusan dianaktirikan.


Nama mereka hanya diulang sebut 5 tahun sekali apabila tiba musim pilihan raya. Selepas itu, Sabah dan Sarawak ditinggalkan kembali.


Janji tinggal janji. Pulanglah kamu ke seberang dan ketemu kita 5 tahun lagi.


Sebab itu, sungai masih menjadi laluan anak-anak di Sabah untuk ke sekolah serta tempat ibu-ibu di Sarawak mencuci pakaian.


60 tahun selepas MA63, Anwar Ibrahim kini di pundak kuasa.


Di sebelah kirinya, seorang anak Sarawak bernama Fadillah Yusuf, Timbalan Perdana Menteri yang pertama dari tanah seberang.


Tekad Anwar adalah untuk memenuhi bukan sahaja janji yang dinyatakan beliau semasa pilihan raya, malah janji yang diperakukan bapa-bapa kita yang terdahulu.


Sedikit demi sedikit kuasa autonomi mula dipulangkan kembali kepada Sabah dan Sarawak.


Kini, mereka boleh meluluskan sebarang projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta tanpa menunggu kelulusan Persekutuan.


Kini, kuasa kawal selia bekalan gas di perairan Sabah diserahkan daripada Petronas kepada Kerajaan Negeri.


Kini, Sarawak dibenarkan membangunkan syarikat penerbangan sendiri menerusi Hornbil Skyways.


Malah, pemberian tahunan khas daripada Kerajaan Persekutuan turut ditingkatkan. 


Untuk Sabah, daripada RM25 juta kepada RM260 juta. Bagi Sarawak pula, daripada RM16 juta kepada RM300 juta.


Kesemua perkara yang gagal direalisasikan dalam tempoh 60 tahun, mula diselesaikan dalam tempoh 6 bulan.


Kita sedar bahawa perjalanan ini masih panjang. Namun, kita juga sedar bahawa nasib Sabah dan Sarawak kini berada di tangan orang yang tepat.


Moga-moga roh bapa-bapa kemerdekaan kita tenang di sana, mengetahui betapa janji mereka akhirnya terlunas setelah sekian lama tertangguh.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA