APABILA AKTIVIS PENDIDIKAN JADI PERDANA MENTERI



Kredibiliti insan bernama Anwar Ibrahim sebagai seorang intelektual yang disegani dunia hadir dengan sejarah panjang beliau memperjuangkan isu pendidikan.


Nama Anwar Ibrahim mula disebut-sebut di Malaysia sebagai seorang aktivis mahasiswa yang lantang menentang kebobrokan pentadbiran negara.


Anwar pernah mengetuai protes mahasiswa terhadap kemiskinan tragis dan kelaparan penoreh getah yang kini dikenali sebagai Demonstrasi Baling 1974.


Susulan itu, beliau telah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menghabiskan 20 bulan di Kem Tahanan Kamunting.


Sebagai mahasiswa juga, Anwar merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, satu gerakan mahasiswa yang dianggap radikal dan berhaluan kiri pada zaman 70-an.


Anwar Ibrahim menggunakan platform itu untuk mengkritik Kerajaan secara terbuka menerusi sudut pidato dalam isu terkait hak mahasiswa, kebebasan media dan kemiskinan.


Beliau turut bertanggungjawab mengasaskan Yayasan Anda Akademik bagi membantu pelajar-pelajar yang tercicir.


Untuk pengetahuan, kod pakaian pelajar yang menutup aurat dimulakan oleh yayasan berkenaan.


Hakikatnya, peranan sebagai seorang aktivis mahasiswa adalah tugasan seumur hidup yang tidak akan pernah selesai.


Sebaik menyertai politik, perjuangan Anwar Ibrahim dalam isu pendidikan diteruskan, kali ini berpentaskan platform yang lebih besar.


Memulakan tugasan sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 1986, Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab menggubal Falsafah Pendidikan Negara.


Falsafah tersebut dikelek agar lebih holistik dengan mengambil kira segenap aspek untuk membina modal insan.


Anwar Ibrahim dicatatkan dalam sejarah sebagai pemimpin yang menekankan ciri-ciri Islam dalam sistem pendidikan negara.


Beliau telah membuat keputusan untuk membuang silibus ‘Mandi Safar’ yang dianggap khurafat daripada Subjek Tata Rakyat.


Penubuhan sebuah universiti Islam di Malaysia juga lahir dari ilham Anwar Ibrahim yang menjadi asas kepada pembentukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Anwar pernah berkhidmat sebagai Presiden UIAM dari tahun 1988 hingga 1998.


Kini sebagai Perdana Menteri, tugas Anwar Ibrahim sebagai aktivis pendidikan belum selesai.


Sewaktu pertemuan dengan wakil OIC di Arab Saudi Mac lalu, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk berunding bersama Afganistan dengan satu syarat.


Negara Timur Tengah tersebut perlu memberikan jaminan terhadap hak wanita di sana untuk mendapatkan pendidikan.


Malah ciri-ciri keislaman dalam pentadbiran Anwar masih terlihat jelas. 11 Mac lalu, beliau melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara bagi memberikan peluang kepada para huffaz untuk melanjutkan pengajian tinggi.


Agenda reformasi pendidikan yang sekian lama diperjuangkan Anwar Ibrahim kini sedang dirancang dengan teliti dan akan dilaksanakan.


Demikianlah perjalanan hidup Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang pendidikan, dari seorang aktivis muda kini sebagai negarawan tersohor.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA