BERSATU KINI LIABILITI BUAT PAS



Sifirnya mudah, BERSATU perlukan PAS, manakala PAS pula tidak perlukan BERSATU.


PAS merupakan parti yang mempunyai kerusi Dewan Rakyat yang terbanyak, dengan  49 kerusi berbanding BERSATU yang cuma menyumbang 24 kerusi.


Namun lagak BERSATU tidak tumpah seperti sebuah parti yang kuat, walhal mereka sekadar menumpang tsunami hijau.


Pengerusi PN? BERSATU.


Ketua Pembangkang? BERSATU.


Ketua Ahli Parlimen PN? Juga BERSATU.


Sewaktu PRU-15, modal yang dijual PN untuk membeli undi adalah kononnya mereka parti yang bersih.


Bebas daripada kluster mahkamah.


Namun untuk PRN akan datang, propaganda yang sama sudah tidak laku.


Presiden, Timbalan Ketua Bahagian dan mantan Ketua Penerangan BERSATU kini berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah.


Malah ahli keluarga mereka turut terpalit sama.


Terbaru, anak Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung BERSATU juga direhet ke muka pengadilan atas kesalahan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak melebihi had yang dibenarkan.


Jadi, apa yang membezakan BERSATU dengan UMNO yang teruk dikecam mereka sebelum ini? Tidak ada.


Menambah kerunsingan di kem PAS, 2 akaun BERSATU telah dibekukan dan disita oleh SPRM.


PRN memerlukan belanja yang besar. Dengan BERSATU kini diletakkan di bawah kanta pembesar penguatkuasa, PAS dikhuatiri terpaksa memecahkan tabung MILO sendiri untuk menanggung BERSATU.


Yang lebih menggusarkan PAS sebenarnya ialah DNA pengkhianat yang terlalu pekat dengan BERSATU.


Parti itu dibina dengan menikam belakang pengasas mereka. Apa jaminan mereka tidak akan mengulangi perkasa yang sama terhadap PAS?


Selepas PRU-15 tempoh hari, BERSATU Sabah telah memilih untuk meninggalkan parti dan menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.


Sekali pengkhianat, selamanya pengkhianat.


Di sebalik kelemahan demi kelemahan ini, BERSATU masih mengekalkan lagak mereka sebagai ‘abang besar’ PN.


Apabila Dewan Pemuda PAS Selangor menamakan Yunus Hairi sebagai calon Menteri Besar Selangor, Muhyiddin Yassin bingkas membidas.


Kata Presiden BERSATU, jawatan Menteri Besar di Selangor dan Negeri Sembilan akan diisi oleh calon dari BERSATU.


Kenyataan ini jelas memalukan PAS. Pengumuman sudah dibuat, namun kenduri terpaksa dibatalkan.


Apabila PAS menyatakan kesediaan mereka untuk menerima Pejuang sebagai parti komponen PN, Pengerusi PN yang juga Presiden BERSATU memveto hasrat mereka.


Memalukan.


Sebenarnya, PAS sudah menunjukkan bibit-bibit rasa tidak puas hati terhadap BERSATU kebelakangan ini.


Mereka menolak jemputan BERSATU untuk ke Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2022.


Jangan kata tidak dijemput, Presiden Gerakan juga hadir ke persidangan tersebut.


Baru-baru ini, PAS berkerjasama dengan musuh BERSATU, Tun Mahathir dengan menandatangani Proklamasi Orang Melayu.


Keputusan ini tidak dirujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi PN.


Menjelang PRN yang bakal kunjung tiba beberapa bulan sahaja lagi, PAS sudah tentu akan memikirkan sumbangan dan peranan yang boleh dimainkan oleh BERSATU.


Untuk meraih undi Melayu, PAS tidak memerlukan BERSATU.


Untuk melaungkan sentimen bersih dan anti rasuah, PAS tidak memerlukan BERSATU.


Malah dari sudut kewangan juga, BERSATU tidak mampu menyumbang banyak berikutan sekatan ke atas akaun mereka.


Jadi apa yang tinggal buat BERSATU?


Barangkali bunga raya bakal layu dan ditaburkan di atas pusara PN semasa PRN nanti.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA