GOSIP, POLITIK DAN SELEBRITI



“Anwar mahu jadi PM atau selebriti?” itu kata Saifuddin Abdullah.


Kata saya, Anwar Ibrahim tidak perlu pilih. Dialah PM, dia juga selebriti.


Malah mana-mana PM sememangnya merupakan selebriti.


Tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa kamu juga selebriti, Saifuddin.


Apa itu selebriti? Satu figura yang berpengaruh. Orang awam mahu tahu selebriti pakai apa, makan apa, pergi mana, malah apa-apa sahaja yang boleh dijadikan berita.


Anwar mencuri perhatian kerana mengenakan capal dengan baju Melayu. 


Anwar tular dengan pemakaian sut dan songkok semasa lawatan kerja ke luar.


Orang ramai mengerumuni kedai makan kerana Anwar mengisi perut di situ sebelum menunaikan Solat Jumaat.


Ini semua berita ringan, tiada kaitan secara terus dengan polisi dan dasar negara. Namun, tetap menjadi berita.


Kerana apa? Anwar Ibrahim itu selebriti, dan ia bukan pilihan dirinya.


Tidak salah untuk menjadi seorang selebriti. Yang penting, tugas hakiki sebagai wakil rakyat tetap dijalankan.


Bos kamu, Muhyiddin Yassin juga seorang selebriti.


Muhyiddin alami cirit-birit, satu Malaysia tahu.


Malah, status selebriti Muhyiddin terlalu besar sampaikan kita kenal keluarganya, daripada anak sampailah ke sepupu kepada menantunya.


Anak Muhyiddin namanya Moslem Priest atau Paderi Muslim. Nama provokatif ini bikin dia tular.


Sepupu kepada menantu Muhyiddin pula namanya Adam Radlan, dikenali kerana sebab-sebab yang kita semua tahu.


Jadi, Muhyiddin juga seorang selebriti. Dia cirit, kita tahu. Anak dan menantunya juga kita kenal dan tahu.


Selebriti dan gosip pergaduhan memang tidak dapat dipisahkan.


Dalam sambutan Hari Raya di Istana Negara tahun ini, isteri Saifuddin persoal kehadiran keluarga Nik Nazmi ke majlis tersebut. Walhal, mereka sudah menerima undangan.


Barangkali dia cemburu, juga punya masa yang banyak dan lapang. Sampaikan ada waktu terluang untuk menyelak kain orang lain.


Maklumlah, suaminya terlalu sibuk mencari kontroversi dengan kenyataan gila publisiti seperti seorang selebriti, sampai terlupa peranan sebagai ahli politik.


Jadi soalan terakhir saya untuk Saifuddin Abdullah, kamu mahu jadi ahli politik atau selebriti?

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA