KAJI SELIDIK ENDEAVOUR-MGC : ANWAR IBRAHIM PILIHAN RAKYAT MALAYSIA



6 bulan setelah mengambil alih Kerajaan, prestasi Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan kini diletakkan di bawah kanta pembesar.


Endeavour-MGC, sebuah badan bebas yang berpengalaman menjalankan kaji selidik lapangan antara yang terawal mengeluarkan kajian sentimen mereka.


Bancian itu membabitkan 1,068 responden melibatkan semua kaum, dan 791 responden Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.


Rangkuman keseluruhan kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Anwar Ibrahim (46%) masih kekal sebagai pilihan utama responden semua kaum menerajui negara diikuti oleh Muhyiddin Yassin (25%). 


Manakala Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin yang ‘keluar sekejap’ daripada arena politik masing-masing dipilih oleh 6% responden semua kaum.


• Kestabilan Kerajaan


61% responden semua kaum berpuas hati (53%) dan sangat berpuas hati (8%) dengan kestabilan politik tanah air.


• Isu agama


57% responden Melayu berpuas hati dan 8% peratus sangat berpuas hati dengan pentadbiran Anwar Ibrahim.


Keputusan ini jelas menunjukkan isu agama seperti penggunaan kalimah Allah yang sering dimainkan oleh pembangkang tidak dibeli oleh rakyat.


• Isu memerangi rasuah


Sebanyak 48% daripada semua kaum berpuas hati, manakala 43% responden Melayu memberikan respon sama.


Dalam satu soalan hipotesis, responden ditanya tentang pilihan parti yang akan diundi sekiranya PRU diadakan esok.


Pakatan Harapan memperoleh undian tertinggi dengan 39% daripada responden semua kaum.


Barisan Nasional dan Perikatan Nasional masing-masing memperoleh 18% dan 17%.


Keputusan ini jelas menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim.


Selain itu, isu seperti kestabilan Kerajaan dan agama Islam yang dipropagandakan oleh pembangkang gagal menggugat kredibiliti Anwar Ibrahim di mata rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA