RUKUN PAS : FITNAH, SAMAN & MINTA MAAF





”Wallahi, saya undi PAS!”

Itu syahadah sebelum mengundi parti yang mengaku terpaling Islam di Malaysia.

Rukun PAS pula ada 3. Tabur fitnah, disaman di mahkamah kemudian meminta maaf. Kesemuanya perlu tertib dan ikut turutan.

Selesai hal-hal tersebut, maka tahniah (dibaca : takziah) anda kini sah sebagai ahli PAS.

Fitnah itu tiang PAS. Selagi belum ditabur fitnah, anda belum cukup PAS.

Kita mulakan dengan Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS.

Sanusi mengesahkan ketaqwaan beliau sebagai ahli PAS apabila memfitnah Mahfuz Omar memindahkan pusat judi Sport Toto ke Pokok Sena.

Atas nama persaingan sihat, Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak membuktikan beliau lebih PAS daripada Sanusi dengan 2 kes fitnah dalam masa hanya 2 tahun.

Pertama, fitnah terhadap Lim Guan Eng kononnya beliau melarang pekerja hotel memakai tudung.

Kedua, Razman memfitnah Anwar Ibrahim berkaitan dengan gerakan LGBT.

Rukun kedua pula ialah disaman di mahkamah. Selagi tidak bertawaf naik turun mahkamah, anda tidak boleh menjadi pemimpin PAS.

Sanusi sudah menziarahi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kes fitnah terhadap Mahfuz. Razman pula memilih Mahkamah Tinggi Taiping bagi melawan saman Anwar.

Dalam bab saman ini, paling dahsyat sudah tentu Presiden PAS sendiri, Hadi Awang. Komitmen beliau terhadap fitnah begitu tinggi sampaikan sanggup ke London bagi menyelesaikan urusan mahkamah.

Rukun terakhir ialah meminta maaf.

Lazimnya, pemimpin PAS diberikan pilihan. Sama ada mahu membayar denda atau membuat permohonan maaf. Kadang-kadang, kedua-duanya sekali.

Sudah tentu pilihan yang lebih murah ialah meminta maaf. Modal mereka cuma air liur.

Tidak perlu ikhlas, tidak perlu benar-benar insaf.

Selepas berkali-kali menangguhkan permohonan maaf secara terbuka, Sanusi akhirnya melengkapkan rukun itu Mei lalu.

Menerusi hantaran Facebook dengan menutup ruangan komen, Sanusi menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada Mahfuz.

Razman pula memilih untuk membuat permohonan maaf di mahkamah. Dengan itu, kes saman fitnah Anwar Ibrahim pun selesai.

Dalam kes fitnah Lim Guan Eng pula, Razman diarahkan membayar ganti rugi RM250 ribu dan membuat permohonan maaf.

Saya akhiri tulisan ini dengan satu peringatan daripada Surah al-Baqarah ayat 191 buat pemimpin PAS :

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ 

Maksudnya : …dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA