10 KEGAGALAN KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN



Semalam, Muhyiddin buat kemunculan tidak diundang menerusi satu sesi temu ramah bersama Free Malaysia Today.


Kenyataan beliau penuh ego dan kebenciaan, seolah masih punya dendam kesumat paling dalam kerana gagal membentuk Kerajaan pasca PRU-15.


Muhyiddin terlupa untuk mencermin diri sendiri sewaktu membidas prestasi Kerajaan Perpaduan.


Berikut penulis senaraikan 10 kegagalan besar Kerajaan konon prihatin pimpinan Muhyiddin.


1. Pengurusan COVID-19 yang lemah


PKP, PKPP, PKPD, PKPB dan bermacam-macam huruf lagi membuktikan kelemahan pentadbiran Muhyiddin untuk mengawal COVID-19. Tempoh kuarantin Malaysia adalah yang terpanjang di dunia. Pada minggu 1 Ogos 2022, kes COVID-19 per kapita di Malaysia adalah yang ke-6 tertinggi di dunia.


2. Salah guna kuasa darurat


Malaysia merupakan satu-satunya negara dunia yang menutup pintu Parlimen sewaktu COVID-19. Ordinan Darurat yang diisytihar hanyalah untuk memanjangkan hayat politik Muhyiddin. Sesudah itu, kerajaan pimpinan beliau menderhaka kepada YDPA dengan mengumumkan penamatan Ordinan Darurat tanpa perkenan diraja.


3. Bendera putih


COVID-19 bukan salah Muhyiddin. Itu benar. Namun sewaktu rakyat sedang ditimpa kesusahan akibat pandemik sehingga terpaksa mengibarkan bendera putih, Muhyiddin tidak melakukan apa-apa yang signifikan bagi membantu mereka. Pesan Muhyiddin, jangan kibar bendera putih, kibar bendera biru PN.


4. Lantikan politik yang terlalu banyak


Menurut Laporan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Muhyiddin membuat sebanyak 115 lantikan politik ke dalam GLC dan GLIC sewaktu bergelar Perdana Menteri.


5. Saiz kabinet terbesar


Dengan 32 Menteri, 38 Timbalan Menteri, 3 Duta bertaraf Menteri dan 1 penasihat bertaraf Menteri, saiz kabinet Muhyiddin tiada tandingannya dan merupakan yang terbesar dalam sejarah.


6. Pembaziran wang rakyat


Sewaktu rakyat sedang dihimpit krisis berganda pandemik dan ekonomi, Muhyiddin meluluskan penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri sebanyak RM38.5 juta.


7. Kereta mewah


Kos penyelenggaraan kenderaan Menteri sewaktu zaman Muhyiddin adalah yang tertinggi dalam sejarah Malaysia. Kos tersebut berjumlah RM672 juta (2020) dan RM478 juta (2021).


8. Pengguguran kes mahkamah


Kes mahkamah bagi politikus yang menyokong Muhyiddin akan digugurkan. Contohnya, Xavier Jayakumar.


9. Pengurusan ekonomi yang lemah


Rating Fitch Malaysia turun ke ‘BBB+’ daripada ‘A-‘ berikutan kelemahan pentadbiran Muhyiddin menguruskan ekonomi dan membina keyakinan pelabur.


10. Menjejaskan tabungan masa tua rakyat


Muhyiddin membuka kotak pandora dengan membenarkan rakyat membuat pengeluaran simpanan KWSP sebanyak RM145 bilion. Hal ini telah menjejaskan portfolio pelaburan KWSP dan menyebabkan 51.5 peratus ahli mempunyai simpanan di bawah RM10,000.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA