LEGASI PENINGGALAN MUHYIDDIN YANG TERPAKSA DIWARISI MALAYSIA



Muhyiddin Yassin sudah meninggalkan pejabat nombor satu negara hampir 3 tahun yang lalu.

3 tahun kemudian, Malaysia masih lagi menanggung beban kegagalan polisi Muhyiddin.

Sebaik tiba di Putrajaya melalui Hotel Sheraton, pintu masuk Malaysia ditutup dan rakyat terkurung di kediaman masing-masing kerana COVID-19.

Pandemik berlaku bukan salah Muhyiddin. Salah Muhyiddin adalah pengurusan pandemik itu sendiri.

Sewaktu kemuncak wabak COVID-19, ramai yang tidak boleh keluar rumah untuk mengais pagi dan petang.

Muhyiddin membuka kotak pandora dengan membenarkan rakyat memecahkan tabung simpanan KWSP. Bukan sekali, tetapi 3 kali.

Ini langkah populis yang langsung tidak didukung mana-mana teori ekonomi.

KWSP terpaksa mencairkan aset pelaburan mereka bagi menampung keperluan pengeluaran yang mencecah RM101 bilion.

Ini jumlah yang terlampau besar. Secara relatif, Belanjawan 2023 Kerajaan Selangor cuma mencecah RM2.45 bilion.

Teori ekonomi paling asas adalah penawaran dan permintaan.

Dengan lambakan wang secara mengejut ke pasaran, tawaran akan jauh mendahului permintaan. Hal ini membawa inflasi.

Kesannya, sehingga ke hari ini Malaysia masih berhadapan dengan isu kenaikan harga barang. Semuanya kerana idea populis Muhyiddin.

Semasa COVID-19 juga, Muhyiddin meluluskan moratorium pinjaman bank.

Sejujurnya, cadangan ini baik dan mampu mengurangkan beban rakyat. Namun, ia perlu dikaji dengan teliti.

Malangnya, Muhyiddin langsung tidak membuat sebarang kajian dan terus meluluskan moratorium secara automatik kepada semua.

Tanpa mengira pendapatan, tanpa mengira status pekerjaan.

Penjawat awam yang tidak kehilangan kerja menerima manfaat.

Jutawan juga memperoleh manfaat.

Semua golongan layak tanpa sebarang syarat.

Ini polisi yang malas. Kesannya sekali lagi adalah lebihan wang di pasaran melepasi paras sepatutnya yang akhirnya menyumbang kepada inflasi.

Sudah tentu legasi terbesar Muhyiddin dan kaum kerabatnya ialah Jana Wibawa.

Satu projek yang kononnya ingin membantu kontraktor kecil Bumiputera. Namun sebenarnya, ia cumalah agenda memenuhkan poket taikun Cina dan rakan-rakan.

RM5.7 bilion projek di bawah Jana Wibawa terpaksa ditangguhkan dan sebahagiannya ditender semula.

Malaysia terpaksa menanggung kerugian wang dan masa yang sepatutnya boleh dilaburkan untuk membina negara.

Kesemua ini adalah legasi peninggalan Muhyiddin.

Harimau pergi meninggalkan belang, Muhyiddin pergi meninggalkan malang.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA