PAPAGOMO : ASKAR UPAHAN KEPADA PEMBIDA TERTINGGI



Wan Azri Wan Deris atau Papagomo muncul kembali. 


Setelah menghilangkan diri susulan digantung keahlian UMNO selama 6 tahun, Papagomo membuat kemunculan tidak diundang di media sosial.


Kali ini, mesej Papagomo berbeza. Dia sudah menjadi penyokong nombor satu Tun Mahathir.


“Mahathir jangan mampos dulu. Kau jangan mampos dulu.”


Itu kata-kata yang keluar dari mulut Papagomo suatu ketika dahulu. Kini, dia mendendangkan lagu yang berbeza.


"Selagi tidak ada tugas rasmi untuk aku berjuang demi agama bangsa dan tanah air, aku tidak akan potong rambut dan jambang aku ini.” Itu pula nazar Papagomo sebelum ini.


Awal bulan Jun tahun ini, dia menghadap Tun dan membenarkan mantan Perdana Menteri itu menggunting rambutnya. Simbolik perjuangan sudah bermula, katanya.


Jadi, bagaimana individu yang begitu lantang mengkritik dan pantang mendengar nama Mahathir selama ini sudah boleh berselimut dengan Tun?


Jawapannya hanya satu. Kita semua tahu. Tak perlu penulis nyatakan. Lihat sahaja sejarah ‘perjuangan’ Papagomo.


Sebelum ini, Rizal Mansor mendedahkan di mahkamah bahawa Rosmah Mansor membayar Papagomo sebanyak RM5,000 sebulan untuk membela Rosmah di media sosial.


Papagomo merupakan salah seorang ‘Team Leader’ dalam pasukan siber atau ‘cybertrooper’ Rosmah. Seorang lagi, Parpukari. Ini semua sudah termaktub dalam mahkamah.


Maka tidak hairanlah sewaktu warganet teruk mengkritik Rosmah sebelum ini, Papagomo berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan Kak Ros.


Bukan atas dasar perjuangan. Bukan kerana agama, bangsa atau negara. Hanya kerana wang.


Itu bukan kali pertama Papagomo dibeli dengan duit.


Sebelum memulakan kerjaya sebagai askar upahan, Papagomo merupakan seorang anggota polis berpangkat konstabel di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.


Atas kesalahan rasuah, dia dijatuhkan hukuman dan dikenakan tindakan tatatertib serta dibuang daripada PDRM pada 6 September 2012.


Jadi, menggadaikan prinsip demi wang sudah ada dalam DNA Papagomo sejak sekian lama. Sejak sebelum dia berkecimpung dalam dunia politik lagi.


Bagi politikus, Papagomo adalah aset yang bernilai kerana dia sanggup melakukan apa-apa sahaja selagi akaun banknya diisi setiap bulan.


Pada Disember 2017, Papagomo membayar RM951,260.27 kepada Anwar Ibrahim setelah diarahkan mahkamah kerana kalah kes saman fitnah.


Bagaimana seorang pengusaha gym kecil di Danau Kota mampu mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta?


Sekali lagi saya ulang. Kita semua tahu. Tak perlu penulis nyatakan.


Papagomo kini kembali dengan satu tujuan.


Tujuan itu bukannya demi agama, bangsa dan negara sebaliknya untuk memenuhkan poket sendiri. Demikianlah hikayat hidup Papagomo, si askar upahan.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA