APA YANG MELAYU KEDAH KERUGIAN DENGAN MEMILIH SANUSI?




Sanusi akan membawa Kedah ke dada akhbar. Itu pasti.


Malangnya, berita tentang Kedah di media hanyalah tentang Sanusi. 


Bukan tentang projek pembangunan di Kedah. Bukan juga tentang pelan ekonomi membangunkan negeri.


Yang ada cuma, berita gelagat Sanusi. Sama ada cuba mencari gaduh dengan Anwar Ibrahim, fitnah polikus lain, tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang dan macam-macam lagi.


Tidak percaya? Cuba senaraikan satu sahaja pencapaian Sanusi sebagai Menteri Besar. Saya tunggu.


Tidak boleh? Baik kita teruskan.


Sanusi dan kontroversi berpisah tiada. Publisiti itu ibarat oksigen buat Sanusi. Dia tidak boleh hidup tanpanya.


Akhirnya, Melayu Kedah yang menanggung rugi.


Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang mendukung asas federalisme. Beliau sudi dan sedia membantu mana-mana negeri tanpa mengira panji politik.


Lihat sahaja di Kelantan. Hasil pertemu di antara Perdana Menteri dengan Menteri Besar Kelantan, Kerajaan pada awalnya bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah bekalan air bersih.


Jumlah itu kemudiannya ditambah lagi sebanyak RM500 juta. Satu pasukan petugas khas (task force) turut ditubuhkan bagi membantu memudahkan kerja-kerja pembaikan bekalan air di Kelantan.


Di Terengganu pula, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada mangsa banjir.


Kesemua ini berlaku hasil perbincangan baik Persana Menteri dengan Menteri Besar kedua-dua negeri tersebut.


Sanusi pula terus berdegil. Saban hari, ada sahaja kritikan terhadap Anwar.


Sanusi sedar, berbaik-baik dengan Anwar tidak akan membawa publisiti. Mengecam dan membadutkan diri sendiri pula sebaliknya.


Dalam keadaan Sanusi yang tidak henti-henti menghentam Anwar, beliau tetap tidak mengabaikan Kedah.


Sebaik menghuni Perdana Putra, Anwar berjaya mendapatkan komitmen Bernas untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM60 juta kepada para pesawah.


Bernas turut bersetuju berkongsi 30 peratus keuntungan import beras dengan para pesawah.


Kesemua ini hasil rundingan Anwar dengan Syed Mokhtar. Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi sudah tentu meraih keuntungan besar hasil inisiatif ini.


Selain itu, Anwar Ibrahim turut mengumumkan pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.


Berita ini semestinya disambut baik oleh para peneroka di 11 tanah rancangan Felda di Kedah.


Orang Melayu Kedah yang membanting tulang sebagai pesawah, pekebun dan peladang menerima pelbagai manfaat hasil keprihatinan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Meskipun Sanusi tidak pernah kenal erti penat dalam berlaga sebelah pihak dengan Anwar Ibrahim, bantuan kepada orang Melayu Kedah terus dihulurkan.


Sekarang bayangkan pula, berapa banyak peluang yang terlepas dari tangan Melayu Kedah hanya kerana tangan yang sama memilih untuk memangkah Sanusi?


Renung-renungkan.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA