MELAWAN ‘SULTAN TANPA TENGKOLOK’




Besar dan banyak bezanya di antara melawan sultan dan menentang ‘sultan tanpa tengkolok’.


Sultan hebat takkan pilih Menteri Besar cokiah macam Amir”. Itu namanya melawan sultan.


“Jasad saya boleh dipenjara, tetapi jiwa saya tetap merdeka.” Itu pula namanya melawan ‘sultan tanpa tengkolok’.


Gelaran tersebut sebenarnya diambil daripada buku Fathi Aris Omar berjudul ‘Agong Tanpa Tengkolok’ yang merujuk kepada Mahathir Mohamad.


Hari ini, Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Akta Hasutan 1948.


Kini, Sanusi dan kultusnya sedang sibuk membina imej ‘martyr’ yang dianiaya sang penguasa.


Kempen ini giat dijalankan sejak pagi tadi. Sanusi seakan mahu meniru imej Anwar Ibrahim saat beliau diperlaku kejam oleh Mahathir pada tahun 1998.


Sanusi tiba di mahkamah berpakaian kemeja putih tanpa kot sambil mengangkat sebelah tangan kepada para penyokong yang berhimpun di luar.


Imej yang seakan sama dengan foto masyhur Anwar Ibrahim yang ditangkap lensa Ed Wray pada 30 September 1998 di Mahkamah Petaling Jaya. Bezanya, mata Sanusi tidak lebam.


Para penyokong Sanusi diarah atau mungkin dibayar untuk berhimpun di perkarangan mahkamah untuk menyambut ketibaannya.


Sekali lagi mirip dengan suasana di Mahkamah Petaling Jaya. Bezanya, Anwar tidak mengarahkan penyokongnya untuk berhimpun.


Mereka hadir sendiri tanda solidariti atas kekejaman yang diperlakukan ke atasnya oleh pentadbiran si ‘sultan tanpa tengkolok’.


Namun perbezaan yang lebih besar yang tidak akan mampu ditiru perancangan teliti Sanusi adalah perjuangan.


Anwar ditangkap, dipukul, dipenjara dan dipisahkan dari keluarga atas nama kebenaran. 


Sanusi pula didakwa atas keceluparan mulut sendiri. 


Perkara ini yang menjadikan tindakan Sanusi meniru Anwar adalah satu percubaan murahan.


Barang diingat, Sanusi yang membawa dirinya ke kancah permasalahan ini.


Sanusi yang mengundang murka Sultan Selangor hanya kerana mahu mencetuskan hilai tawa para penyokongnya di satu sesi ceramah umum di Taman Selayang Mutiara.


Malah, Sanusi sendiri cuba menyelamatkan diri betapa kononnya kenyataan itu diputar belit.


Kita semua sudah menonton klip ucapan tersebut. Tiada unsur putar belit. Tiada unsur suntingan.


Kerana mulut, badan binasa.


Sultan Selangor sudah bertitah bahawa isu ini belum selesai. Maka kini, Sanusi dihadapkan ke mahkamah.


Selepas dibacakan pertuduhan, Sanusi bebas untuk pulang ke kamar mewahnya dan terus menjaja ‘keperwiraan’ sendiri.


Anwar pula diiringi trak FRU dan kembali ke kamar berdinding empat. Lebih satu dekad Anwar masuk keluar penjara atas pelbagai tuduhan bermotifkan politik.


Nama Anwar didendang oleh para reformis.


Kisah Anwar diceritakan kepada anak-anak orang kebanyakan.


Ini namanya perjuangan.


Perjuangan itu datangnya dari jiwa paling dalam yang mahukan perubahan.


Sanusi tidak mungkin dan tidak akan sama sekali mengerti.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA