HADI AWANG CUBA KAFIRKAN PKR SEBAGAIMANA HADI AWANG FATWAKAN UMNO KAFIR DAHULU



Menjadikan diri sendiri mangsa keadaan lalu mengambil tindakan orang lain di luar konteks memang satu kepakaran PAS berpuluh tahun lamanya. 

Dalam 25 perenggan catatan Minda Presiden PAS terbaru, lambakan dalil petikan ayat al-Quran dan hadis digunungkan dengan tujuan dan kenyataan yang jelas - PKR menentang Al-Quran dan melawan Allah.

Catatan 19 Mac ini adalah hasutan pelampau dan cerminan kedegilan Hadi Awang untuk menyerap kritikan dari pihak luar kepada penyelewengan dakwah yang diamalkan sekian lama oleh 'pendalilan terpilih' PAS.

Menjadikan agama sebagai kuda politik jauh sama sekali berbeza dari konsep dakwah untuk menyemai nilai murni dalam Islam untuk diterima masyarakat. Bahkan, instrumen agama ini menjadi satu kejijikan mata umum apabila segalanya menjadi halal dan haram, mengikut angkubah yang menyelesakan bagi PAS.

Manakan tidak, dalam menjawab dakwaan 'tunggang agama' dalam politik pun, Hadi Awang memilih lagi untuk membanjir dalil untuk menepis dakwaan tanpa membuat sebarang self-reflection yang tunggangan agama yang mendasari politik PAS selama ini adalah benar-benar belaka. Orang lain semuanya salah. 

Sedar tidak sedar, akhirnya kejumudan parti ini hanya memakan diri dan mempamerkan lagi kecetekan formula politik PAS. Menjawab tuduhan, orang lain kafir. Menerima kritikan, orang lain kafir. PAS mahu ke kiri, orang lain kafir, mahu ke kanan, pun orang lain kafir.

Apakah Al-Quran, Hadis, Ijmak, dan Qiyas benar-benar diteladani PAS sehingga membenarkan kenyataan yang dikelurkan mereka menyanggah para mufti dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Apakah juga Al-Quran, Hadis, Ijmak, dan Qiyas membenarkan Hadi menentang seruan Sultan Terengganu untuk tidak mengadunkan agama dan kempen politik di dalam rumah ibadah Allah di negeri tersebut?

Kemuraman rakyat bukan kerana Islam hadir di dalam PAS, tetapi disebabkan Islam hadir secara convenient mengikut selera PAS. 

Kali ini bila 'tersindir' memperalatkan agama, terus PAS menghalakan PKR sebagai parti melawan Al-Quran sekaligus melawan Allah. 

Pendek cerita, sesiapapun yang berkonfrontasi dengan PAS, terus akan menjadi penghuni neraka bagi akhirat ciptaan mereka. Sama seperti UMNO diheret ke lembah kekafiran dahulu, kini PKR pula akan dilabel dan dikonsepkan sebagai parti yang melawan Al-Quran, hanya kerana sifir mereka melawan penyalahgunaan agama di dalam politik. 

Bila terasa cili, pedas dan panasnya orang lain yang dipaksa merasa bahang api neraka, kerana syurga hanya milik mereka.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA