TAMATLAH RIWAYAT BERSATU



1. Sah Muhyiddin Yassin akan didakwa esok atas enam pertuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.


2. Tidak ada lagi logik perjuangan BERSATU yang pada mulanya ditubuhkan atas kekecewaan pada penyelewengan 1MDB, rupanya bernoktah dengan penyakauan Jana Wibawa.


3. Kalau khabar angin ketika Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri berkenaan 'Scheme of Things' tidak dibuktikan, kali ini rakyat dapat lihat depan mata bukti sahih dan bicara bahawa PM-8 tidaklah semulia yang disangka.


4. Apa lagi BERSATU boleh tawar pada pengundi? Kalau nak kata lebih Melayu dari UMNO, tidak kurang hebat juga sumbangan BERSATU dalam kluster mahkamah. Bertambah biak


5. Kalau mahu diulang slogan PRU-15 PN, sudah menjadi ironi. Tidak ada bersihnya, stabil jauh sekali. Refleks pemimpin PN juga sudah menjadi template kitar semula - pendakwaan terpilih. Takkan tak terpilih kalau tak bersalah. Tak ada angin masakan pokok bergoyang?


6. Kalau BERSATU sempat dengar nasihat Tun M dulu untuk buka keahlian kepada bukan Melayi dahulu pun, tak ada tarikan untuk orang bukan Melayu sertai BERSATU. 


7. PN perlu bersedia menghadapi hakisan kepercayaan ahli. Ahli BERSATU sendiri pun sudah tidak percaya pada kepimpinan mereka. Apatah lagi ahli PAS. Bila-bila masa Hadi Awang boleh keluar dalil untuk tolak semula musuh lama.


8. Keangkuhan Muhyiddin menolak cadangan YDPA selepas PRU-15 dan memusuhi semua pemimpin parti politik lain perlahan-lahan memakan diri, rupanya banyak yang disembunyikan. Sama-samalah kita nantikan pembongkaran, wajah sebenar penyakau wang rakyat.


9. BERSATU sudah boleh dibubarkan. Belajarlah dari kesilapan co-founder Tun M. Tak perlu tunggu kalah kerusi dalam pilihanraya pun PEJUANG masih berjuang tanpa hala tuju mengemis ihsan parti lain untuk bergerak bersama.


10. Selamat tinggal BERSATU. Ini bukan lagi keretakan. Selepas ramai pemimpin tinggalkan parti, pemimpin terbesar kalian kali ini tak boleh lagi lari. Sudah tidak masuk akal jika ada orang mahu mendaftar jadi ahli, apatah lagi untuk memenangi mana-mana kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA