ANGKUHNYA SEORANG TUN




Saya pelik bin hairan melihat gelagat Tun M yang tak habis-habis mempolitikkan sesuatu isu untuk menjelikkan imej pentadbiran Kerajaan. 


Bermula dari zaman pemerintahan Najib, Muhyiddin, dan Ismail Sabri hinggalah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada saja yang tidak disenanginya.


Umum mengakui ketokohan Tun M, jasa dan sumbangannya lebih tinggi daripada Menara KLCC cetusan ideanya. 


Tetapi tindak-tanduk Tun M hari ini sudah tidak lagi mencerminkan ketokohannya, jadi liar dengan membuat onar merosakkan imej pentadbiran yang ada. 


Dahulu, katanya pentadbiran negara sudah nazak. Tetapi bila beliau mengambil alih semula pentadbiran apa yang dibuatnya? 


Cuma kekacauan semata-mata, mana tidaknya bila dah buntu pilih untuk mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri. Selepas itu gigih semula naik jadi Perdana Menteri Interim. Kegilaan apakah ini?


Negara dan rakyat yang menanggung kesannya. Politik negara jadi tak stabil, habis berlarian dan bertempiaran pelabur-pelabur asing dalam negara. 


Sampai ke sudah, satu hasil pun tak ada. Ekonomi negara melingkup, pembangunan rakyat menempah ruang keranda. Mujur tidak sampai menjejak lubang pusara. 


Keangkuhan Tun M berlanjutan lagi apabila beliau bertindak menubuhkan Parti Pejuang. Merasakan dirinya hebat sebagai negarawan akhirnya membuka ruang-ruang perpecahan dalam kalangan pemimpin-pemimpin dan pengundi-pengundi Melayu. 


Perkara ini bertentangan dengan prinsip yang dipegang oleh Tun M yang beriltizam mahu membangunkan dan memperjuangkan nasib Melayu. 


Macam mana nak perjuangkan kalau dah tak sebulu? 


Dahulu katanya hendak memperjuangkan ekonomi Melayu, sampai ke sudah manifestonya pun gagal ditunaikannya. 


Cuma anak-anak dan kroninya saja yang sempat diperjuangkan. Perjuangan untuk rakyat di bawah cuma retorika semata-mata. 


Katanya nak bersara dan berhenti berpolitik, tetapi masih lagi cuba menempah kerusi dalam pilihanraya. 


Mujurlah kalah, kalau tak akan banyak lagi kebobrokan yang diperbuatnya. 


Tapi kalau dah namanya angkuh, yang salah pun boleh jadi betul dan yang betul pun boleh jadi salah dibuatnya. 


Tun M terlalu angkuh dengan pencapaian yang dikecapinya. Sehingga lupa rakyat telah memberikan isyarat yang nyata. Tun M perlu meninggalkan dunia politik buat selama-lamanya. 


Sudah-sudahlah membuat onar Tun M, hormatilah kepimpinan sedia ada. Apapun yang dilakukan YAB Perdana Menteri hari ini adalah demi kebaikan negara dan rakyat jelata.


Kalau tak mampu jadi penawar, jangan menjadi perosak negara.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA