KEDAH MENGALAMI MASALAH BEKALAN AIR KERANA SIKAP BODOH SOMBONG SANUSI



1. DUN Kedah dah nak bubar, masalah bekalan air Kedah sampai ke sudah tak selesai-selesai. Apa sudah jadi pada pentadbiran negeri Kedah? Semua Menteri dapat gaji setiap bulan, satu kerja pun tiada yang terlaksana. 


2. MB Kedah, Sanusi janji menjelang 2023 masalah bekalan air di Kedah akan selesai. Sudah nak masuk bulan Mei satu tindakan dan gerak kerja pun tiada yang terlaksana. Janji hanya tinggal janji dan jadi mimpi. 


3. Situasi yang lebih memilukan, menjelang perayaan Aidilfitri dan sewaktu perayaan, bekalan air di Kedah konsisten terputus bekalan. Rakyat Kedah terpaksa beraya dengan ketiadaan bekalan air di sana. Disusuli pula dengan bekalan elektrik yang juga terputus sewaktu hari perayaan. 


4. Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan membusuk di dapur. Sampai tahap, rakyat Kedah terpaksa mencari alternatif sendiri. Membeli air mineral untuk kegunaan harian. Bekalan elektrik yang terputus, menyebabkan anak-anak kecil di Kedah tidur dalam kepanasan yang diiringi dengan ketidakselesaan tangisan. Warga emas ada yang terpaksa bertukar lampin tanpa dibasuh badannya. Perit dan menyakitkan. 


5. Di mana Sanusi pada ketika itu?Rupa-rupanya Sanusi sedang bersemayam rapi di kediamannya, tanpa memikirkan nasib rakyat di bawah yang berhadapan dengan masalah yang tidak pernah mahu diselesaikannya. 


6. Kebodohan dan kesombongan Sanusi membawa malapetaka buat rakyat Kedah. Jawatan sebagai Menteri Besar dan 7 porfolio yang dipegangya satu pun tidak ada fungsinya. Isu bekalan air yang menjadi rungutan rakyat jelata dianggapnya ‘wayang’ semata-mata.


7. Sanusi hanya sibuk memikirkan karier politiknya. Demi populariti Sanusi sibuk menyerang dengan mempolitikkan hal-hal yang melibatkan YAB PM DSAI dan Kerajaan Persekutuan. Isu bekalan air? bukan keutamannya. Inilah jadi bila pemimpin bodoh sombong menerajui pentadbiran. Sel-sel otak gagal berhubung, menyebabkan Sanusi gagal membezakan keinginan dan keutamaan yang sepatutnya. 


8. Kezaliman pentadbiran Sanusi perlu dinoktahkan dalam PRN akan datang. Kalau tidak sampai kiamat isu bekalan air di Kedah takkan selesai. Hanya terus terpampang pada manifesto dan igauan semata-mata. 


9. Benarlah orang tua-tua kata, kerajaan tebuk atap seperti Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Sanusi ini ibarat paku sebatang, kuat bunyi tukulnya bertalu-talu. Bercakap besar, tapi hasilnya tidak ada. 


10. Atau Sanusi memang sengaja tidak mahu menyelesaikan isu bekalan air di Kedah. Kalau isu di Kedah selesai apa lagi yang hendak dijanjinya dalam PRN yang bakal tiba? Jika sedemikian, ketahuilah tingkat kebodohan dan kesombongan Sanusi jelas pada hierarki yang paling atas. Sanusi perlu sedar, Rakyat Kedah tidak perlukan cerita yang besar. Rakyat Kedah mahukan tindakan yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA