KEDAH TUAN RUMAH AIDILFITRI 2023, SUDAH BERSEDIAKAH SANUSI BERAYA DENGAN ANWAR?



Walaupun Sanusi tak habis-habis mentohmah Kerajaan Persekutuan dan YAB Perdana Menteri, tetapi sikitpun tak menjejaskan keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pembangkang terutama negeri Kedah yang ditadbir oleh Sanusi. Inilah ‘Perinsip Keadilan’ yang sebenar. 

Malah semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan memilih negeri Kedah sebagai tuan rumah bagi sambutan Aidilfitri peringkat Nasional. 

Bermula dengan kontroversi billboard Madani tanpa wajah Sanusi, tuduhan larangan hadir ke majlis Kerajaan Persekutuan, hingga tuduhan untuk menyingkirkan Sanusi dari Majlis Kewangan Negara, MB Kedah sentiasa nampak tak duduk diam dengan pimpinan YAB PM Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Terang lagi bersuluh, tak ada satu pun kutukan peribadi dan provokasi Sanusi dibalas DSAI. Apatah lagi kritikan kepada keperibadian atau menggemparkan perkara yang tidak membantu kepada pentadbiran. 

Jadi apa pendirian Sanusi pada ketika ini? Setelah sekian lama menyerang YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan akhirnya negeri yang ditadbirnya diangkat sebagai tumpuan utama nasional sempena sambutan Aidilfitri. 

Adakah masih mahu kekal bermusuhan atau terbuka untuk berdamai dengan YAB Perdana Menteri?

Comments

Popular posts from this blog

APABILA MUDA MASUK PRN

ADA APA DENGAN TIN MILO?

APA PILIHAN PESAWAH PADI DI KEDAH?