KELUAR DARI PARLIMEN BERKONGSI KEJAHILAN



Tak puas hati sebab tak dapat bahas usul KWSP ni alasan paling busuk untuk buat kecoh. 


Waktu ramai-ramai berdiri protes macam pemuja iblis dalam filem Pengabdi Setan pun sudah nampak cringe. 


Pagi yang sama Kerajaan beri penyelesaian untuk golongan terdesak, pagi yang sama Pembangkang tersedak dan kontang idea untuk terus nampak relevan.


Sebenarnya pengurusan persepsi pembangkang terlalu gagal. Sudah pastilah kronologi KWSP ini sengaja hendak diperbesar susulan Ahli Sihir berjalan kaki dari JB ke Kuala Lumpur siap bersongkok berkemeja kemas.


Ketika PN sebahagian dari Kerajaan Malaysia dahulu, Muhyiddin dan PAS sama-sama liat, keberatan nak benarkan pengeluaran KWSP, sampai keluar kenyataan kepada sokongan Bajet 2021 BN ibarat syarat Puteri Gunung Ledang. 


Kini sudah jadi Pembangkang, empat Gunung sudah ditarah, mahu kerajaan sondol gunung kelima memecahkan tradisi poligami. Mungkin Puteri Gunung Ledang yang pertama sudah mangkat, perlu pengeluaran kali kelima sebagai mahar meminang rakyat.


Tak sampai 15 minit Parlimen bersidang, 74 MP dari blok PN terus keluar dewan rakyat konon sebagai tanda protes isu KSWP. 


Rakyat Malaysia menanggung gaji dan elaun setiap ahli Parlimen Malaysia sebanyak RM 20000 sebulan.


74 MP PN x 20000 = RM 1.48 juta sebulan atau RM 17.76 juta setahun. Gaji mereka adalah untuk membuat kerja, bukan keluar dewan dan balik tidur.


Cuba fikir, kalau kau dan aku tak setuju dengan bos kat tempat kerja, boleh keluar macam tu je? Masih dapat gaji buta?


Pancing undi PRN makan diri, kasihan kepada Ahli Parlimen Pembangkang yang terpaksa menurut kepala jahil. Keluar dewan, buntu tak boleh minum pagi di bulan Ramadan, sekadar berbual mengiakan rakan.


Toleh kanan, toleh kiri, mengangguk menggeleng berkongsi kejahilan. 


Eloklah diajar mereka ini dalam pilihan raya akan datang. Tunggang rakyat bila kehabisan modal, guna dewan rakyat, berbekalkan wang rakyat, yang isunya nak ditarah juga adalah simpanan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA