MENCARI KUIH RAYA BERTEPUNG SIMEN




1. Tak akan jumpa lah jawapannya. Kecuali dari otak macai yang dilarut dengan bancuhan simen.


2. Kadangkala jenaka tak boleh melawan logik. Ia cuma menyerlahkan kejahilan yang lama terpendam.


3. Isu kenaikan harga simen ini bukanlah satu isu baru, ia sudah sekian lama melarat dan membebankan rakyat. 


4. Mana tidaknya, kos harga simen yang tidak terkawal dan saban kali meningkat menyebabkan harga rumah melambung tinggi. Kos sewaan rumah & bangunan mencanak naik tidak berpenghujung. 


5. Peniaga-peniaga yang menyewa bangunan untuk dijadikan premis terpaksa menaikkan harga jualan barangan. Untuk cover kos sewaan. Begitu juga dengan penyewa rumah, terpaksa membawar kos sewa rumah yang tinggi disebabkan tuan rumah terpaksa menaikkan kadar sewa setiap tahun disebabkan tekanan kos pemilikan rumah. 


6. Akhirnya, Kerajaan Malaysia Madani hadir dengan satu alternatif Skim Simen Rahmah untuk merawat kemelut ini. Agar pemaju dan industri tidak terkesan dengan kos binaan dan bakal pengguna dan pemilik tidak terbeban dengan harga jualan dan kos sewaan. 


7. Satu pendekatan yang tidak populis tetapi kesannya cukup besar dalam kehidupan rakyat khususnya. 


8. Sayangnya disebabkan ia diumumkan sebelum raya, habis dimanipulasikan kebaikan dan manfaatnya buat jangka masa panjang. Pelbagai manipulasi dan jenaka sakti cuba dijampi oleh Pembangkang. Semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Malaysia Madani. 


9. YAB DSAI lebih mengutamakan langkah yang meninggalkan kesan jangka panjang, namun dalam masa yang sama konsisten melaksanakan inisiatif untuk kesan jangka pendek. Kesemuanya demi kebajikan rakyat. 


10. Bukan seperti Pembangkang, rakus dengan manipulasi dan pendirian populis. Semata-mata untuk terlihat relevan dan mendapat perhatian rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA