MENEKUNI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR



Baru-baru ini MB Selangor, YAB DATO' SERI AMIRUDIN SHARI telah mengadakan Qiamuallail Perdana pada 12 April 2023 bersamaan 21 Ramadan yang bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 


Beliau melaksanakan Qiamuallail Perdana bersama seramai 2,000 orang jemaah. Difahamkan juga, Qiamuallil Perdana merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, dengan membenarkan para jemaah bermalam di masjid bagi mencari malam Lailatul Qadar. 


Selain itu beliau juga turut terlibat secara langsung dalam siri rancangan membaca dan mentadabur ayat suci Al-Quran ‘30 hari 30 ayat’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah setiap hari pada jam 5:55 petang. 


Sebagai rakyat Malaysia yang lahir dan dibesarkan di Selangor saya berasa begitu kagum dan bangga mempunyai Menteri Besar seperti beliau. 


Beliau merupakan salah seorang pemimpin negara yang wajar dicontohi dan dijadikan tamsilan oleh pemimpin-pemimpin lain. 


Walaupun setiap hari bergelut dengan pelbagai tugasan sebagai seorang Menteri Besar, namun beliau tidak pernah menjadikan kesibukan duniawinya sebagai penghalang untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang insan yang diciptakan okeh Allah SWT. Lebih-lebih lagi sewaktu di bulan Ramadan. 



Terima kasih YAB DATO' SERI AMIRUDIN SHARI kerana menjadi salah seorang suri teladan pemimpin yang bertanggungjawab bukan sekadar berusaha menenuhi kerperluan dan menyelesaikan kemelut rakyatnya tetapi dalam masa yang juga tidak lekang mengejar saham akhiratnya. 


Berdasarkan status yang dimuatnaik dalam akaun Facebook rasmi beliau, beliau kini sedang berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah. Semoga segalanya dipermudahkan untuk beliau di sana. 


Sekali lagi, terima kasih YAB DATO' SERI AMIRUDIN SHARI. Saya bangga menjadi anak Selangor!

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA