MILIK MAHATHIR ADALAH HASMAH BUKAN RAHMAH*




1. Ingatkan orang kuat GTA sahaja yang menghidap Demensia, rupa-rupanya kesemua ahli GTA mememiliki kemelut yang sama. Memori otak gagal berfungsi dengan baik, menyebabkan tindak tanduknya tak ubah seperti orang tua yang sedang nyanyuk. 


2. GTA adalah gabungan parti politik yang memecahkan undi dan sokongan Melayu. GTA adalah jenama gabungan politik baru yang diwujudkan bertentangan dengan gagasan perjuangannya sendri. 


3. Beriltizam untuk membela nasib Melayu, tetapi sayangnya kewujudannya hanya memecahbelahkan sokongan pengundi-pengundi Melayu dan menimbulkan konflik kepentingan dengan pemimpin-pemimpin politik Melayu yang lain. 


4. Mereka tidak sedar akan kekalahan dalam PRU yang lalu, majoriti calon-calonya yang bertanding kalah dan hilang deposit. Isyarat ini jelas, rakyat Malaysia sebulat suara menolak kewujudan GTA di muka bumi Malaysia.


5. Terbaharu, mereka kata gagasan konsep Rahmah adalah cetusan Tun M bukan cetusan YAB PM DSAI. Peliknya, seawal konsep ini diperkenalkan Tun M antara yang lantang menentangnya.


6. Apakah Tun M dan GTA menentang gagasan idea sendiri? Jika benar, sah mereka semua sedang mengalami Demensia politik. Sehingga tak mampu konsisten dan berfikir rasional. 


7. Logiknya, jika benar ia cetusan Tun M sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim baru-baru ini sepatutnya mereka lebih menyokong. Bukan melolong membabi buta menolak dan menentangnya. 


8. Tak mungkin idea sendiri ditentang dengan bersungguh. Kalau benar ditentang cuma ada satu kata yang menggambarkan keseluruhannya, GILA! Umum mengetahui bahawa konsep Rahmah adalah cetusan Kerajaan Malaysia Madani.


9. GTA begitu cemburu dengan kejayaan dan pencapaian yang dicapai oleh YAB DSAI dalam melaksanakan inisiatif Rahmah. Pelbagai masalah yang menjadi tuntutan rakyat, berjaya diselesaikan secara beransur-ansur. Maka jalan pintasnya, belek semula ucapan-ucapan Tun M terdahulu, kalau ada sebut Rahmah. Haa cepat klaim itu kita punya!


10. Dahulu sewaktu memerintah negara tak nak pula bersungguh, sekarang dah jatuh tersungkur baru nak klaim sini sana. Terimalah hakikat, kewujudan GTA tidak ada ertinya buat negara dan rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA