SANUSI 'TERBAIK' UNTUK KEDAH!




1. Tidak lama lagi dijangka akan berlakunya pembubaran DUN di Negeri Kedah. Sepanjang pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah, MB-Sanusi yang cukup membanggakan kami semua. 


2. Tidak ada Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia ini yang mampu menandingi pencapaian Sanusi, hatta dengan jawatan sebagai Menteri Besar dan 7 portfolio yang dipegang satu masalah utama rakyat pun tak berjaya diselesaikan. 


3. Isu apa? Isu airlah kawan, sat ada sat takda. Kadang-kadang ada, tapi bekalan airnya kotor. Isu bekalan elektrik pun boleh tahan jadinya di bulan Syawal ni. 


4. Rasa kasihan tengok orang Kedah beraya tahun ni dengan bekalan air yang bermasalah. Kadang ada pun cumalah air kotor. Sebelah malam pula terpaksa bertiduran dengan didampingi kepanasan. Elektrik tiada, kepanasanlah jawabnya. Lagi kasihan yang ada anak kecil, tidur dalam kepanasan berselang tangisan. 


5. Ada yang terpaksa membiarkan pinggan mangkuk membusuk di dapur sementara menunggu bekalan air datang. Ada yang terpaksa mandi berbekalkan air mineral. 


6. Nak kata Kedah seperti negara gurun pasir tak cukup air tak boleh juga. Negara gurun bercuaca panas dan terbatas bekalan air disebabkan Iklim. Negeri Kedah? sudah tentulah disebabkan pencapaian Sanusi. Ya, Sanusi berjaya mencapai kegagalan menyelesaikan masalah utama rakyat negeri Kedah. Cukup membanggakan, dengan peruntukan dan kuasa yang ada satu gerak kerja pun tiada yang terlaksana.


7. Bila rakyat Kedah mengeluh, kata walaunnya, “jangan main wayang Hindustan”!, Begitu angkuh Sanusi dan pengikutnya. Mereka lupa, tak sungguh orang tak kata, tak sungguh orang tak melata. Hang ingat masalah air ni wayang Hindustan ke?


8. Rakyat Kedah terpaksa akur dengan keadaan ini, kerana ini pencapaian terbesar Sanusi sepanjang mentadbir negeri Kedah. Rakyat Kedah terpaksa mencari alternatif sendiri untuk menyelesaikan kemelut ini. Sedang Sanusi duduk di pondok berpeluk tubuh bersama walaun-walaunnya menanti sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. 


9. Pencapaian yang cukup membanggakan rakyat Kedah ini akhirnya membawa gelombang kepada penolakan Sanusi dalam PRN yang akan datang. Pemimpin hebat dan cakna seperti Sanusi ini tidak boleh dibiarkan lama memerintah, nanti ramai mencemburui pencapaian negeri Kedah. Sanusi perlu direhatkan, meniti hari-hari bersaranya. Hatta Sanusi simbol kejayaan terbesar PN di negeri Kedah. 


10. Bila Sanusi mula menjangka untuk menyelesaikannya itulah tanda Sanusi sedang berjuang membela nasib rakyatnya. Soal tercapai atau tidak, itu soal kedua. Soal pertama, jangkakan terlebih dahulu. Selebihnya, nanti difikirkan kemudian. Kalau isu air dah selesai di Kedah, takda lagi ruang untuk dijanjikan dalam manifesto Sanusi kelak. Kami bangga dengan MB kami, sehingga hujung pentadbiranya satu penyelesaian pun tiada yang berhasil dibuatnya.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA