6 BULAN KERAJAAN PERPADUAN : SIAPA MENTERI MVP?



6 bulan telah berlalu sejak peristiwa bersejarah pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan Anwar Ibrahim akhirnya ke Perdana Putra.


Anwar kemudiannya membentuk kabinet yang terdiri daripada 28 Menteri dan 27 Timbalan Menteri.


Sebagai rakyat biasa merangkap pemerhati yang tidak ditauliahkan mana-mana pihak, saya akan menyenaraikan 3 Menteri yang menurut hemat saya merupakan MVP dalam menjalankan tugas mereka.


Untuk makluman, Anwar Ibrahim akan dikecualikan daripada senarai ini.


Mengapa? Well, he’s the real MVP.


3. Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital


Seperkara yang dipelajari oleh PH daripada pengalaman singkat 22 bulan sebagai Kerajaan sebelum ini ialah komunikasi itu penting.


Selepas mengambil alih Kerajaan pada tahun 2018, PH teruk diasak dengan propaganda dan fitnah.


Mereka terpaksa menjawab satu demi satu serangan sampaikan rakyat tidak jelas tentang dasar dan pelan Kerajaan.


Situasi kini berubah. Fahmi Fadzil bijak mengurus persepsi rakyat.


Setiap minggu, beliau akan memuat naik berita pencapaian Kerajaan Perpaduan untuk minggu yang sebelumnya.


Pengasingan tugasan juga lebih jelas di antara KKD, J-KOM, Jabatan Penerangan dan UKK di setiap kementerian.


2. Tengku Zafrul Aziz, Pelaburan, Perdagangan dan Industri


Ramai yang skeptikal pada awalnya tentang pelantikan Tengku Zafrul bagi menyertai kabinet Kerajaan Perpaduan.


6 bulan kemudian, beliau berjaya mendiamkan mereka yang meragukan keupayaannya.


Tengku Zafrul wajar diberikan kredit atas pelaburan demi pelaburan yang masuk ke Malaysia pasca PRU-15.


Beliau adalah individu yang berperanan memulihkan kembali keyakinan pelabur untuk menanam modal di Malaysia.


Konglomerat gergasi seperti Tesla, Amazon Web Services, Geely, Intel dan AirTrunk masing-masing sudah menyatakan kesediaan untuk melabur di Malaysia.


Menerusi lawatan kerja ke China, delegasi Anwar Ibrahim dan Tengku Zafrul berjaya meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion.


1. Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup


Dua perkataan, Menu Rahmah.


Sekiranya ditanyakan kepada sesiapa sahaja tentang dasar Kerajaan Perpaduan, mereka sudah tentu tahu dan sokong pengenalan Menu Rahmah.


Lebih mengagumkan, Salahuddin berjaya membawa kerjasama awam-swasta ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi Menu Rahmah.


Mydin, AEON, Giant sampailah ke gerai makan jalanan kini menawarkan hidangan dengan harga RM5 sahaja.


Menu Rahmah juga dikembangkan kepada Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Bakul Rahmah dan banyak lagi.


Memandangkan isu kos sara hidup yang tidak menentu, pengenalan inisiatif ini menjadi satu Rahmah yang disyukuri rakyat Malaysia.


Untuk itu, Salahuddin Ayub ialah Menteri MVP untuk 6 bulan pertama Kerajaan Perpaduan.


Sampai ketemu lagi di 6 bulan yang seterusnya. Selamat bertugas!

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA