AURA YAB PM DSAI MELEDAK KE SELURUH NEGARA



Ada sesuatu yang membezakan DSAI dengan politikus lain.


Anwar Ibrahim adalah ikon yang disenangi segenap lapisan masyarakat.


Buat ibu dan bapa di kampung, mereka melihat DSAI sebagai figura yang islamik, mampu memetik kalimah suci al-Quran di hujung lidah.


Buat penyokong tradisi UMNO, stigma terhadap DAP diredakan dengan keberadaan DSAI sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Jadi tanpa disangka-sangka, UMNO kini bekerjasama dengan DAP dan PH dalam membentuk Kerajaan. Kerana DSAI.


Buat pengundi kali pertama, DSAI adalah satu-satunya calon Perdana Menteri dalam PRU-15 yang menawarkan perubahan. Tiada yang lain.


Buat generasi penengah, mereka membesar dengan kisah-kisah perjuangan DSAI. Dari tirai besi ke Putrajaya, tiada siapa yang boleh menduga skrip luar biasa ini.


DSAI untuk semua. Itu aura sebenar Anwar Ibrahim.


Maka tidak hairanlah sambutan luar biasa diberikan terhadap DSAI setiap kali beliau berada di tempat umum.


Baik di gerai makan, masjid atau di luar pagar rumah, rakyat akan sentiasa berhimpun hanya untuk melihat sosok Anwar Ibrahim.


Semalam, lebih 10,000 pengunjung memeriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kelantan.


Sebelum ini, 25,000 orang menghadiri acara yang sama di Kedah.


Kedua-dua negeri ini adalah kubu kuat PAS. Namun ia tetap tidak menghalang rakyat turun untuk melihat sendiri DSAI.


Tidak kira anda menyokong parti mana sekalipun, aura DSAI jauh merentas identiti kepartian.


DSAI adalah harapan orang biasa-biasa.


Pembawaan DSAI juga seperti orang biasa-biasa. Berbaju Melayu dengan capal. Bersut dengan songkok. Makan di gerai jalanan.


Perkara-perkara yang kelihatan kecil inilah yang membentuk aura DSAI di mata rakyat. Betapa Anwar Ibrahim itu sebahagian daripada kita. 


DSAI - datangnya daripada rakyat, baktinya juga kepada rakyat. Demikianlah aura sebenar seorang insan bernama Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

APABILA MUDA MASUK PRN

ADA APA DENGAN TIN MILO?

APA PILIHAN PESAWAH PADI DI KEDAH?