CHEGUBARD GENG BELON MERACAU TAK KENA TEMPAT
1. Dalam keadaan kita sibuk beraya, masa tu juga ramai orang berkepentingan sibuk nak gulingkan Kerajaan. Bermula dari khabar angin 15 ahli Parlimen yang nak tarik sokongan sampailah yang terbaru Gerakan Rakyat berbaju dan berbelon kuning.
2. Presiden UMNO telah memberi jaminan, bahawa kesemua MP dari UMNO khususnya, akan menyokong dan setia bersama Kerajaan Perpaduan. Begitu juga gabungan yang ada dalam PH.
3. Gerakan Rakyat bersama belon kuning. Menjadikan perjuangan YAB PM DSAI sebagai tunggangan untuk menghalalkan kedangkalan protes mereka. Mereka lupa, bahawa gerakan protes terdahulu adalah disebabkan hak kebebasan bersuara yang dinafikan. Bila suara dipenjara, maka pemberontakan bermula. Itu zaman dahulu, sekitar landskap politik 80-an.
4. Hari ini tunjukkan mana kebebasan bersuara, mengritik dan memberikan pandangan kepada Kerajaan yang dikekang dan ‘dipenjara’? Jawapannya tidak ada! Malah yang terbaru, Indeks Kebebasan Akhbar 2022 Malaysia di kedudukan tertinggi dalam negara ASEAN.
5. Tangkapan yang adapun kerana ‘suara’ memfitnah dan cubaan mencetusan kerharmonian awam. Selebihnya, silakan. YAB PM DSAI meraihkan segala pandangan dan kritikan sebagaimana yang beliau pernah nyatakan.
6. Kalau diperhalusi, Gerakan Rakyat berbaju kuning ini juga menunggang rakyat. Mana tidaknya, hari ini rakyat Malaysia rata-rata berada dalam keadaan baik-baik saja menikmati gagasan Malaysia Madani. Tidak ada pun yang mengatakan YAB PM DSAI gagal mentadbir negara. Rakyat Malaysia lebih selesa dan mengharapkan YAB PM DSAI kekal mentadbir, untuk memulihkan ekonomi dan politik negara.
7. Kata Gerakan Rakyat berbaju kuning, YAB PM DSAI telah gagal mentadbir negara. PM paling gagal dalam sejarah. Kalaulah saya dapat menyaksikan perhimpunan dangkal ini secara langsung, pastinya saya ‘cili’ mulut mereka guna kuah rendang pedas yang dihidangkan di Hari Raya. Terutamanya yang jadi jurucakap Gerakan Rakyat ni.
8. Harga barang naik, disebabkan tekanan inflasi global. Inflasi naik, mengancam ekonomi dunia. Kesannya, semua negara dunia mengalami kenaikan harga barang. Ekoran kemelut pandemik Covid-19 dan perang yang tercetus di antara Rusia dengan Ukraine. Ini fakta.
9. Bukan hanya zaman YAB PM DSAI, zaman PM sebelum-sebelum ini pun tekanan inflasi turut berlaku. Kenaikan harga barang, bukan petunjuk prestasi pentadbiran sesebuah Kerajaan. Nak lepas dari inflasi? boleh, kita keluar dari rantaian ekonomi global. Bagaimana nak keluar? Kita wajib keluar dari planet bumi ini.
10. Rentetan inflasi, rakyat terkesan dengan kos sara hidup. Menghentikannya dalam tempoh yang singkat adalah suatu yang mustahil. Maka, langkah terbaik adalah mengawalnya. Sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia hari ini.
11. Isu kos sara hidup dan harga barang yang naik melambung tinggi tidak hanya berlaku di Malaysia, tapi juga berlaku di seluruh dunia. Puncanya jelas, akibat tekanan inflasi - ekonomi global.
12. Sejak bila YAB PM DSAI janji bebaskan BOSSKU? Tidak ada dan tidak pernah. Bagi rakyat jelata, itulah pengadilan yang sepatutnya setelah berbilion-bilion duit negara dijadikan ‘permainannya’. Bukan tuduhan dan fitnah, ini keputusan Badan Kehakiman Negara, BOSKKU didapati bersalah.
13. Isu Pengeluaran KWSP? Sejak bila YAB PM DSAI sekat dan kekang? Sudah ada mekanisme pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Sekarang ini bergantung kepada pencarum, nak keluarkan ataupun tidak.
14. Sudah-sudahlah timbulkan kekocohan. Rakyat dah muak dengan wayang politik sebegini. Daripada buang masa berhimpun tak tentu arah, baik bawa keluarga pergi beraya. Sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Comments
Post a Comment