KEBEBASAN MEDIA HADIAH TERBESAR ANWAR IBRAHIM SEMPENA HARI WARTAWAN



Tanggal 29 Mei setiap tahun telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional.


Sosok bernama Anwar Ibrahim sudah tentu faham peri pentingnya kebebasan media. Masakan tidak, beliau sendiri pernah menjadi mangsa pembunuhan karakter oleh politikus usang yang menjadikan media sebagai aparat politik.


Sekiranya anda sudah lama mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim, anda akan sedar bahawa beliau bukanlah seorang pendendam.


Beliau tidak akan sesekali menggunakan media sebagai alat untuk menindas lawan meskipun dirinya sendiri pernah dihunus senjata tersebut.


Oleh itu, hadiah terbesar Anwar Ibrahim kepada para wartawan ialah kebebasan media.


Mereka boleh menulis dan menyampaikan apa-apa sahaja, asalkan berlandaskan fakta yang sahih.


Hal ini direfleksi menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia oleh Reporters Without Borders yang menunjukkan peningkatan kedudukan Malaysia daripada tempat ke-119 kepada ke-113 sebaik Anwar Ibrahim menghuni pejabat nombor satu negara.


Malah, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kedudukan terbaik dalam kalangan negara-negara serantau.


Menerusi ciapan di Twitter pada 1 Mei yang lalu, Anwar memberikan jaminan bahawa media bebas untuk mengkritik Kerajaan selain turut mengiktiraf peranan mereka sebagai ejen semak dan imbang.


Selain itu, Kerajaan pimpinan beliau juga sedang meneliti draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media bagi menjamin kebebasan media.


Buat pengamal media di luar sana, Selamat Hari Wartawan Nasional 2023! Terima kasih kerana menjadi tulang belakang demokrasi negara.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA