KELANTAN MUNDUR SALAH ANWAR?



Saya yakin sebahagian besar daripada pembaca menggaru kepala kebingungan sebaik membaca tajuk.


Namun, itulah kenyataan yang dikeluarkan Hadi Awang.


Air kotor salah Anwar.


Negeri miskin salah Anwar.


Infrastruktur mundur salah Anwar.


Kata Hadi, Kelantan menjadi mundur sejak zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan lagi.


Soalnya, kenapa Hadi tidak salahkan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir?


Kita semua tahu jawapannya.


Maklumlah, Hadi kini tidur sebantal dan berkongsi mimpi dengan Mahathir.


Mana mungkin Hadi menuding jari ke arah individu yang menghina mangsa Memali itu. Jari mereka sudah terjalin erat, berjabat dan bersalaman di bawah Proklamasi Orang Melayu.


Jadi kalau Hadi tidak mampu (dibaca : mahu) salahkan Tun, Hadi sepatutnya melihat diri sendiri di cermin.


Parti pimpinannya mendiami kerusi empuk di Putrajaya selama 33 bulan.


Waktu itu, Tuan Ibrahim sendiri memegang jawatan Menteri Alam Sekitar dan Air.


Masalah alam sekitar seperti pembalakan di Kelantan masih tidak selesai.


Masalah air di Kelantan masih lagi kritikal.


Kenapa tidak salahkan parti kamu yang 33 bulan memerintah Malaysia dan 43 tahun memerintah Kelantan?


Anwar sendiri sudah berbesar hati menawarkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelesaikan krisis air di sana.


Apakah ini respon yang wajar untuk menolak hasrat dan niat baik seorang pemimpin?


‘Semua salah Anwar’ sudah menjadi mantra baharu buat PAS bagi menggantikan ‘semua salah DAP’.


Namun akhirnya, apabila masalah tiba, mereka akan kembali mencari Anwar.


Lihat sahaja Projek Lebuh Raya Rakyat yang berhutang sehingga RM60 juta dan didenda RM30 ribu sehari.


Sewaktu diumumkan sedekad yang lalu, Kerajaan Negeri bukan main bermegah. Kononnya, mereka tidak perlu bantuan Persekutuan.


Kini, mereka mengemis pula kepada Anwar untuk mengambil alih projek tersebut beserta hutang.


Kelantan mundur kerana Kelantan. 43 tahun lamanya mereka memangkah PAS di Kelantan sebelum pulang mencari rezeki di Selangor dan Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA