KENAPA ORANG MELAYU SUDAH BOLEH MULA PERCAYAKAN DAP?



Apabila Zahid Hamidi menyeru ahli-ahli UMNO untuk memangkah calon DAP dalam PRN kelak, bergempitalah ruang maya dengan serba-serbi komentar warganet.


Maklumlah, orang-orang Melayu punya sejarah yang panjang diajak bermusuhan dengan DAP.


“DAP anti monarki!”


“DAP ancam hak orang Melayu!”


“Semua salah DAP!”


Orang Melayu mendewasa dengan tohmahan ini.


Propaganda tersebut sebenarnya hanya berasaskan cita-cita politik dan tidak disokong bukti yang jelas.


DAP pernah bekerjasama dengan PAS, parti terpaling Islam.


DAP kini bekerjasama dengan UMNO, parti terpaling Melayu.


Waktu itu, ulama-ulama PAS mengeluarkan seribu satu asbab mengatakan DAP sekutu mereka yang tidak pernah berniat menggugat kedudukan Islam dan Melayu.


Waktu kini pula, Presiden UMNO sendiri yang menyeru orang Melayu untuk menyokong DAP.


Sebenarnya jelas, DAP hanya mangsa tikaman politik. 


Waktu disokong, mereka dipuji sentiasa. Waktu dilawan, mereka dihina merata.


Jadi, abaikan segala bentuk propaganda yang anda pernah baca dan dengar daripada politikus yang punya agenda sendiri.


Semak fakta, bukan auta, bukan fitnah.


Dalam Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2023, Kerajaan pimpinan DAP telah meningkatkan peruntukan bagi tujuan pembangunan Islam kepada RM75.08 juta.


Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri di bawah jajahan PAS.


Peruntukan ini merangkumi pembangunan bagi tujuan pembinaan, pembaikan dan naik taraf masjid, surau dan sekolah agama, bayaran bantuan pendidikan untuk sekolah agama, bayaran guru KAFA dan pegawai masjid.


Daripada jumlah tersebut, RM18 juta dikhususkan untuk pembinaan masjid.


Apabila Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023, Kerajaan Negeri berbesar hati mengeluarkan peruntukan tambahan dari kantung sendiri sebanyak RM3.53 juta.


Bagi sesiapa yang merasakan fakta-fakta ini terlalu berat untuk anda, saya ada penyelesaian lain.


Hidupkan kenderaan anda dan pandulah menuju ke sana.


Usah khuatir. Azan tetap berkumandang di Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA