KEPULANGAN BERSEJARAH ANWAR KE DEWAN MERDEKA


Bagai sirih pulang ke gagang, demikianlah bidalan yang cukup tepat bagi menggambarkan kepulangan bersejarah Anwar Ibrahim ke Dewan Merdeka selepas kira-kira 25 tahun diusir keluar dari rumah keramat UMNO itu.


Kali ini, Anwar kembali ke WTC sebagai Perdana Menteri dalam Kerajaan yang turut melibatkan UMNO.


Ironi itu indah.


Orang-orang lama UMNO ada mengatakan bahawa Dewan Merdeka punya sakti yang tersendiri.


Sesiapa sahaja yang bersyarah di atas pentas akan merasakan semangat yang berkobar untuk menyampaikan ucapan mereka.


Barangkali ada benarnya. Ucapan Anwar Ibrahim kali ini cukup berbisa, lantas mengingatkan kita kembali kepada DSAI.


Sekiranya PMX adalah seorang negarawan yang tenang dan ucapannya penuh hikmah, DSAI pula seorang orator ulung yang ucapannya penuh bara dan bisa meyakinkan sesiapa sahaja yang mendengar.


Kali terakhir Anwar Ibrahim berucap di Dewan Merdeka ialah di pentas Perhimpunan Agung UMNO 1997.


Pada waktu itu, Anwar merupakan seorang politikus muda yang berwawasan jauh. Kali ini, Anwar hadir sebagai seorang veteran politik yang sarat dengan pengalaman dan masih berwawasan jauh.


Semangatnya tidak pernah hilang. Masih ada, malah mungkin makin membara.


Semasa di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan sedia ada akan kekal sehingga ke akhir penggal. Ucapan ini disambut dengan sorakan luar biasa di Dewan Merdeka.


Keyakinan itu sekaligus mematikan desas-desus tidak berasas kononnya Kerajaan hari ini tidak stabil.


Anwar turut menegaskan komitmen bahawa kepimpinan beliau tidak akan sesekali berkompromi soal rasuah dan salah guna kuasa.


Sekiranya anda mendengar ucapan tersebut, anda akan sedar bahawa ini bukan retorik biasa. 


Ini janji Anwar. Ini janji DSAI.


Muhyiddin Yassin dan sanak-saudara, Wan Saiful, Adam Radlan malah V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia sendiri telah disiasat berhubung isu rasuah.


Komitmen perangi kebobrokan ini merentas identiti kepartian. Tidak kira anda berpanji apa sekalipun, Anwar akan pastikan keadilan akan ditegakkan.


Buat yang sekian lama mengikuti perjuangan sosok bernama Anwar Ibrahim : DSAI is here and he’s not going anywhere.

Comments

Popular posts from this blog

APABILA MUDA MASUK PRN

ADA APA DENGAN TIN MILO?

APA PILIHAN PESAWAH PADI DI KEDAH?