NIK ABDUH TERUSKAN LEGASI TOK GURU, BAWA PAS KE PERJUANGAN ASAL



Sekiranya anda berkesempatan ke markas PAS terutamanya di kawasan pedalaman Kelantan, masih ramai penyokong PAS yang percaya bahawa parti itu sudah berubah.


PAS kini bukan lagi PAS yang mereka kenali suatu masa dahulu.


Namun, mereka tidak akan sesekali membelakangi parti.


Mereka setia. Mereka tetap percaya kepada perjuangan agama yang masih ada sisanya di dalam PAS.


Kesetiaan ini yang menjadikan PAS tidak sama dengan parti-parti yang lain. 


Kesetiaan ini jugalah yang masih ada pada Nik Abduh, anak Tuan Guru Nik Aziz.


Sewaktu abangnya keluar meninggalkan PAS, Nik Abduh masih setia.


Sewaktu beliau digugurkan sebagai calon PAS semasa PRU-15, beliau tetap bersama parti.


Nik Abduh punya hasrat dan cita untuk membawa PAS kepada perjuangan asal mereka.


Walaupun iltizam ini bermakna beliau akan cuba disingkirkan perlahan-lahan daripada parti, namun semangat beliau untuk mengubah PAS dari dalam tetap tidak berubah.


Saya yakin beliau kecewa sewaktu PAS memilih untuk berselimut dengan Tun Mahathir dengan menandatangani Proklamasi Orang Melayu.


Individu yang pernah menggelar pejuang yang gugur semasa Peristiwa Memali sebagai mati katak.


Individu yang juga pernah mengkafirkan PAS.


Sebab itu, beliau memilih untuk tidak menandatangani proklamasi tersebut.


Mana mungkin keluarga Nik Aziz mahu bekerjasama dengan Mahathir. Mantan Perdana Menteri itu sendiri pernah dihalang oleh keluarga Tok Guru untuk melawat pusara Allahyarham.


Satu persamaan yang besar di antara Nik Abduh dengan bapanya adalah rasa hormat terhadap sosok bernama Anwar Ibrahim.


Mereka mungkin punya banyak perbezaan dalam pendirian politik, namun silaturrahim tetap dijaga.


Tok Guru merupakan antara individu yang paling lantang membela Anwar sewaktu beliau diperlaku zalim oleh Mahathir.


Maka tidak hairanlah, sewaktu kunjungan Anwar ke Kelantan, beliau dan Wan Azizah sempat menziari Nik Abduh.


Bukan untuk politik, bukan untuk PRN, namun untuk ukhwah.


Persaudaraan yang terbina lama di antara dua keluarga itu tidak akan sesekali terputus hanya kerana perbezaan pandangan politik.


Inilah yang benar-benar dipercayai oleh Allahyarham Nik Aziz.


Moga-moga roh arwah tenang di sana. Al-fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA