OPR FOR DUMMIES
Saya yakin sebahagian besar daripada kita tidak faham tentang OPR atau Kadar Dasar Semalaman.
Usah khuatir, tulisan ini khusus untuk anda.
Pertama-tamanya, abaikan segala yang anda baca dan lihat di Facebook dan TikTok tentang OPR oleh pempengaruh yang punya agenda tersendiri.
Ringkasnya, OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat untuk institusi kewangan meminjamkan wang antara satu sama lain. Dalam kes ini, bank pusat ialah Bank Negara.
Dalam operasi harian, rizab wang tunai bank berubah-ubah, bergantung kepada aktiviti peminjaman yang berlaku dalam bank, serta deposit dan pengeluaran wang yang dibuat pelanggan.
Pihak bank perlu mengekalkan rizab wang mereka pada tahap tertentu untuk kekal beroperasi. Hal ini dipanggil Keperluan Rizab (Reserve Requirement).
Saya berikan contoh mudah. Katakan hari ini semua pelanggan Bank A mengeluarkan wang deposit mereka untuk membeli tiket konsert Coldplay.
Jadi, bagi mengekalkan tahap rizab tunai Bank A pada paras yang sepatutnya, Bank B yang mempunyai rizab tunai yang banyak pada hari tersebut akan memberikan pinjaman kepada Bank A.
Kadar faedah bagi Bank A membayar semula Bank B ditetapkan oleh Bank Negara dan dikenali sebagai OPR.
Pindah milik dan aliran tunai antara bank ini bertujuan untuk memastikan kecairan sistem perbankan negara stabil.
Kenapa penting untuk kita pastikan sistem perbankan negara stabil?
Sistem perbankan yang stabil akan memastikan sistem kewangan makro berfungsi dengan lancar.
Kadar faedah bank ditentukan oleh OPR yang menentukan rangka kerja hala tuju kewangan negara untuk memastikan keseluruhan institusi kewangan mempunyai bekalan tunai yang stabil dan mencukupi.
Kalau bank stabil, rakyat boleh melakukan pinjaman perumahan dan kenderaan, mendapatkan geran perniagaan serta menjalankan pelaburan.
Pada 3 Mei yang lalu, Bank Negara mengumumkan kenaikan kadar OPR sebanyak 0.25 peratus.
Maka berpusu-pusu penyokong Perikatan Nasional datang memenuhi ruang media sosial untuk menakut-nakutkan rakyat.
Kononnya, Kerajaan hari ini zalim.
Sedangkan sewaktu mereka berada di dalam Kerajaan, kadar OPR dinaikkan sebanyak 4 kali iaitu pada Mei, Julai, September dan November 2022.
Tiada pula suara menentang kezaliman berkumandang pada waktu itu.
Malah kita semua tidak perlu risau. Kadar OPR kini berada pada tahap 3.00 peratus, sama seperti paras pra-pandemik.
Hal ini menunjukkan prestasi ekonomi negara yang semakin pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda dan melumpuhkan ekonomi negara.
Hari ini, Bank Negara mengumumkan perkembangan ekonomi Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan, iaitu sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023.
Ekonomi kita semakin pulih. Yang masih belum pulih cuma hati terluka Perikatan Nasional yang masih mendambakan Putrajaya.

Comments
Post a Comment