PAS YANG BUTA MATA DAN HATI



1. Baru-baru ini warna baju raya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri, Saifuddin Nasution yang digunakan semasa Rumah Terbuka Malaysia Madani telah dipolitikkan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid. 


2. Awalnya saya pelik membaca ciapan beliau di Twitter, sebab warna yang digunakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution masa majlis tu adalah warna Mustard. Bukanlah warna kuning DiRaja seperti yang didakwa. 


3. Tetapi bila difikir berkali-kali, tak peliklah. Sebab Nurul Amin ini datang daripada PAS. Kalau tak jahat dan mengarut, bukan PAS lah namanya. Wajahnya saja sesuci warna kopiahnya, tapi hatinya hitam dan busuk. Hingga kebenaran cuba dibatilkan. 


4. Sekalipun pakaian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution seakan-akan warna kuning Diraja sebagaimana yang didakwa. Ia tidaklah menjadi kesalahan, kerana ia bukanlah majlis rasmi seperti Majlis Istiadat yang berlangsung di Istana Raja. Sebaliknya ia adalah sambutan Perayaan Aidilfitri di Hotel Raia.


5. Bagaimana pula dengan rakyat Kedah yang turut hadir dalam majlis tersebut? yang warna bajunya juga seakan-akan warna kuning Diraja. Adakah mereka juga melanggar protokol atau cubaan menderhaka secara terang-terangan. Sudah tentu tidak. 


6. Ahli Parlimen Padang Terap patutnya faham dulu larangan kod pakaian yang telah ditetapkan pihak Istana, kemudian memahami konteks penguatkuasannya. Sebelum membuat kenyataan kurang cerdik. 


7. Tapi sekali lagi itulah PAS, mulut dan jari mendahului akalnya. Akhirnya menanggung malu disebabkan kedangkalannya. 


8. Manusia ni kalau dah busuk hatinya, jadilah macam Ahli Parlimen Padang Terap ni. Pakaian agama dijadikan perisai menutupi kejahatannya. Hasad dengkinya lebih tinggi darjatnya daripada belitan Iblis. Benda yang benar, dimomok-momokkan menjadi satu kesalahan. 


9. Buta hati hingga buta warna jadinya. Lepas ini harapnya ada ujian buta warna diwajibkan sebagai kelayakan sebelum bertanding jadi wakil rakyat di Parlimen. Kalau tak, parah jadinya. 


10. Entah apalah nasib rakyat di Parlimen Padang Terap dapat pemimpin macam ni. Akhlak dah musnah, pentadbiran? pastilah punah.

Comments

Popular posts from this blog

APABILA MUDA MASUK PRN

ADA APA DENGAN TIN MILO?

APA PILIHAN PESAWAH PADI DI KEDAH?