PERLIS TAK NAK CLAIM KEDAH PUNYA?



Panglima Perang PN bukannya tak faham Perlembagaan. Sebenarnya cuba alih perhatian dan lapar publisiti. Ini ialah cubaan jelas untuk sorok kegagalan pembangunan Kedah.


Taktik lapuk buat rakyat marah dan timbulkan hasutan para pentaksub PAS ni memang sebagi dengan MB Sempoi. 


Tahap tak malu claim negeri kaya ni bukan sebarangan tuan-puan. Tahun lepas Pulau Pinang hasilkan padi paling tinggi dalam negara, walaupun tanah padi lima kali ganda lebih sedikit dari Kedah. Semua tahu Pulau Pinang negeri kaya, kedua di atas selepas Selangor, 'sepadan' dengan Kedah, kedua terbawah sebelum Kelantan. 


Sanusi tahun lepas bukan main yakin nak tuai padi Kedah lima kali setahun, tahu-tahu minggu lepas keluar pula statement bodoh Kedah diarah untuk miskin, sebab tanam padi untuk negara.


Jadinya, Pulau Pinang bukan sebahagian dari Kedah la sebab 'tak diarah jadi miskin'? 


Jenaka bodoh ni memang publisiti murahan. Sanusi tahu kalau Kedah dan Penang 'bergabung' memang kerusi DUN menang pada PH/PH-BN, jadi bukannya dia nak sangat. Sekadar lepas virus selsema ketuanan melayu dan tuan tanah, untuk hasut kebencian kepada DAP. Skrip lama.


Sepatutnya kalau sedar diri tebuk atap, fokus pada Kedah saja. Sejak PRU lagi suka cari pasal dengan Persekutuan, bulan Ramadan kacau orang Selangor dengan isu anak jati Menteri Besar, hari ini kacau Pulau Pinang.


Kedah? Isu air pun tak selesai. 

Bising betul cari masalah dengan Kerajaan Persekutuan. 


Lepas tiga tahun cari jalan tak jumpa nak majukan Kedah, rupanya jalan pintas Kedah nak maju, claim Penang depa punya. 


Perlis kecil KDNK rendah tu taknak pula claim. Adakah sebab di perlis tak ada ADUN dan Ahli Parlimen DAP?

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA