PN GENTAR SELEPAS DICABAR BERTEMPUR DI SIDANG PARLIMEN
1. Sewaktu PRU lalu, dendangan alunan perjuangan PN yang terdiri sepakat bermuafakat prihatin kepada rakyat bergema dalam setiap kibaran panji mereka.
2. Laungan dan alunan ‘Abah’ bergema di sini sana, seruan Tok Guru Hadi menggelegak mengempita. Kononnya itulah ikon pemimpin umnah.
3. Selepas kalah dan gagal membentuk kuasa, apa yang mereka kata tidak lagi seperti yang direncana. ‘Rakyat’ hanya menjadi makna untuk melindungi kerakusan yang nyata.
4. Gerakan dan rencana untuk menumbangkan Kerajaan yang tak berkesudahan memberikan isyarat yang nyata. Taruhan ahli-ahli PN menjadi wakil rakyat hanya untuk kuasa dan nama.
5. PN kata mereka dah cukup angka untuk membentuk majoriti mudah. Bila YAB PM DSAI cabar untuk bawa usul undi tidak percaya, boleh pula kata itu cuma sembang kedai kopi semata-mata.
6. Pelabur hilang keyakinan, pembangunan ekonomi terbantut dan rakyat terus menderita. Hanya kerana onar PN yang hendak menggulingkan Kerajaan. Lagi berani kata berjuang untuk rakyat? Sandiwara apakah ini?
7. Apa PN mahu sebenarnya? Sudahlah malas hadir ke Parlimen sibuk pula nak gugat kestabilan politik. Gurauan majoriti mudah dan usul undi tidak percaya terhadap PM tak boleh dibuat jenaka. Ia ancaman kepada kelangsungan negara dan rakyat di bawah.
8. Kalau betul cukup sokongan, bawa ke Parlimen. Usulkan. Kalau hanya riuh di luar, ia tak ubah seperti lelaki pengecut bertulang keduk. Bunyinya kuat, tapi geraknya kecut.
9. PN beransur-ansur menjadi tidak realistik dan relevan di mata pengundi, Makin banyak wayang pelik dan jelik yang dimainkan. Mereka tak lagi berjuang kerana rakyat, mereka hanya mahukan pangkat dan kuasa.
10. Populis akan terus menjadi populis.

Comments
Post a Comment