SANUSI LANGGAR MAJLIS RAJA-RAJA & PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



Kalau dicari perkataan kontroversi dalam kamus, anda akan menemukan foto Sanusi Md Nor.


Semalam, Sanusi kembali lagi dengan satu kenyataan dungu.


“Pulau Pinang itu Kedah punya.”


SubhanAllah. Bawa mengucap Sanusi.


Kalaupun kamu begitu tergila-gilakan publisiti murahan, jangan sampai keluarkan kenyataan yang jelas tidak menghormati Majlis Raja-Raja dan undang-undang negara.


Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf Pulau Pinang sebagai salah satu Negeri Persekutuan.


Perkara 2 pula menyatakan bahawa tindakan mengubah persempadanan negeri tidak boleh dilakukan tanpa perkenan Majlis Raja-Raja.


Ini yang cuba dilakukan oleh Sanusi, mengubah sempadan negeri sesuka hati.


2 perkara paling awal dalam Perlembagaan pun Sanusi tidak mengerti. Maka boleh kita katakan bahawa Sanusi tidak pernah baca, faham dan ambil tahu tentang undang-undang tertinggi negara.


Bagaimana mahu jadi wakil rakyat kalau sebegini rupa tindakan dan pengetahuan kamu, wahai Sanusi?


Apabila diasak oleh wartawan adakah Kedah akan merampas kembali Pulau Pinang, jawapan Sanusi cukup angkuh.


"Bukan terlepas apa pun, memang hak kita.”


Orang Kedah sendiri mencari rezeki di Pulau Mutiara. Kamu pula ada hati mahu merampas negeri lain. Jaga negeri sendiri terlebih dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA